Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, June 18, 2016

RM12 juta: Wang untuk apa sebenarnya?

RM12 juta wang tebusan bertukar derma, Zahid Hamidi cuba bodohkan rakyat
17 Jun 2016 oleh Fatih Hassan Nordin
SUNGAI BESAR, 17 JUN: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan tindakan kerajaan UMNO-Barisan Nasional menyalurkan wang tebusan RM12 juta yang dikumpul keluarga mangsa melalui penjualan aset dan hasil sumbangan orang ramai kepada badan Islam tertentu di Filipina.

Sedangkan masih terdapat rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, malah lebih berhak menerima sumbangan berkenaan.

Mengambil kira logik berkenaan, Naib Ketuanya, Shazni Munir merasakan bahawa alasan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya berhubung wang tebusan berkenaan, semalam, seolah-olah percubaan untuk memperbodohkan rakyat.

“Apa kaya sangatkah rakyat Malaysia? Sehingga RM12 juta disalurkan ke Filipina?

“Sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang hidupnya bergelimpangan.

“Pemimpin yang ada rasa tanggungjawab, mana mungkin menipu rakyat! Bahkan mampu memberikan alasan yang tidak masuk akal,” katanya dalam Pentas Ceramah Pemuda Pakatan Harapan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahid yang juga Menteri Pertahanan yang mengesahkan bahawa wang tebusan RM12 juta berkenaan tidak diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf, sebaliknya kepada badan Islam di Filipina.

Kenyataan berkenaan dibuat selepas keluarga mangsa menuntut penjelasan selepas mereka yang menyumbang mahu mengetahui apa yang berlaku terhadap wang tersebut, setelah polis mengesahkan bahawa keempat-empat tebusan dibebaskan tanpa bayaran.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna, Sabah pada 1 April lalu dan dibebaskan pada 8 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa