Menjawab kegundahan YB Rafizi Ramli
Saya tidak pernah menulis tentang politik kerana saya akui tidak arif dengan simpang siur perjalanan politik. Namun PRK serentak di 2 buah DUN baru-baru ini tidak dapat tidak telah menarik perhatian ramai termasuk saya.
YB Rafizi Ramli di dalam kesimpulannya selepas keputusan PRK baru-baru ini menyatakan rasa hairannya terhadap sebilangan besar masyarakat yang seolah-olah ‘tidak kisah’ dengan segala bebanan termasuk bebanan GST, skandal 1MDB, harga barangan naik, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.
Seakan-akan satu persatu peluru yang dikeluarkan serta jurus-jurus silat yang dipelajari tidak tembus atau kebal di tubuh masyarakat. Masyarakat terus seolah-olah tidak mahu berubah.
Ada yang menyarankan kepada YB Rafizi tidak perlulah lagi membongkar keburukan dan kesalahan pemerintah kerana semua itu tidak akan mengubah apa-apa. Rakyat tetap memilih kerajaan yang korup.
Saya ingin menjawab dan meleraikan kekusutan fikiran YB Rafizi tentang mengapa rakyat sanggup terus ditindas. Mengapa rakyat terus merelakan diri mereka dipijak-pijak oleh pemerintah? Mengapa rakyat tidak mahu melakukan perubahan.
Tidak susah. Semua jawapan itu sudah lama terdapat di dalam al Quran. Analisis tentang keengganan penduduk sekitar Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menjatuhkan pemerintah yang menzaliminya telah pun dibentangkan di dalam kitab mukjizat itu 1400 tahun dahulu.
Satu-satunya manuskrip lengkap yang menceritakan peradaban demi peradaban, tamaddun demi tamaddun yang telah berlalu-diceritakan semula kepada Nabi yang agung, bukan sahaja sebagai pengubat dan penguat jiwa mendengar ujian-ujian berat yang dilalui para nabi, tetapi juga untuk menceritakan pada mana-mana zaman akan ada 2 karakter ini—yang satu golongan minoriti yang digelar ‘mustakbirin’ dan yang satu lagi golongan majoriti yang digelar ‘ mustad’afin’-iaitu golongan orang yang sombong dan golongan orang yang lemah.
Pernah terdetik di hati kenapa di dalam alQuran terlalu banyak bercerita tentang Nabi Musa. Firaun pada zaman itu adalah mustakbirin yang menganggap dirinya Tuhan. Mungkin bukan Tuhan dalam erti kata penciptaan tapi Tuhan dalam erti kata kekuasaannya ke atas makhluk yang lain. Berbekalkan kekayaan, kerajaan, kekuasaan dan disokong oleh menteri-menteri seperti Haman dan Qarun, mereka menekan rakyat sendiri dan para hamba.
Bagaimana pula kaum Firaun itu sendiri? Adakah mereka tidak tahu tentang kezaliman Firaun ke atas orang-orang Israel? Adakah mereka tidak sedar Firaun dan pembesar-pembesarnya mengaut keuntungan berganda-ganda atas nama hubungan dengan Firaun? Perlukah ada seorang YB Rafizi di sana untuk membongkar semua kebobrokan Firaun?
Tidak perlu. Mereka sedia tahu perkara-perkara ini berlaku.
Kalaupun ada seorang Rafizi di sana pada ketika itu untuk membongkar salah laku dan pecah amanah Firaun, kaum Firaun itu tetap tidak akan berganjak dari memberi sokongan kepada Firaun.
Mereka telah memilih untuk diri mereka sendiri untuk menjadi mustad’afin-kaum yang lemah. Dan nanti Firaun akan mengetuai kaumnya, golongan mustad’afin ini untuk masuk ke neraka. Di dalam neraka berlakulah perbalahan. Golongan yang selama ini diam baru mula mahu bersuara ketika sudah berada di pintu neraka! Alangkah besarnya penyesalan ketika itu.
Kenapa ini berlaku?
Ini berlaku bilamana manusia lupa akan asal usulnya. Bila manusia mengenal dirinya, dia akan mengetahui dia berada di antara 2 keseimbangan.
Di satu sudut dia adalah hamba yang lemah yang diciptakan pada awalnya dari lumpur tanah liat hitam, sehingga iblis pun tidak sudi sujud kepadanya. Kemudian keturunan Adam dijadikan pula dari air yang tidak dipandang orang. Dia sedar dia tidak mampu mengubah gunung dan tidak mampu menyongsong langit.
Bila dia lupa, maka lahirlah golongan Mustakbirin-orang-orang sombong yang memandang rendah orang lain dan selalu ingin mengeksploitasi mereka.
Di sisi lain, ia adalah manusia mulia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Khalifah. Ia adalah manusia yang malaikat semuanya sujud kepadanya. Ia ditiup roh oleh Allah ke dalam dirinya dan dia diberi ilmu dan pena.
Bila dia lupa, maka dia meletakkan dirinya ke tahap yang rendah. Dia membiarkan manusia lain menindasnya. Merelakan saja. Dia merasa dia tiada potensi diri sendiri dan hidup matinya sangat terikat dengan pemerintahnya. Dia lupa Allah yang memberi rezeki dan terus menyokong pemimpin mustakbirin kerana bimbang jika tidak disokong, dia akan kehilangan rezeki, pekerjaan bahkan nyawa.
Berapa ramai manusia hari ini merendahkan dirinya dihadapan ‘Boss’ kerana merasa Boss yang memberi gaji. Berapa ramai yang menghinakan diri di hadapan menteri-menteri kerana mahukan projek.
Perhatikan, di mana-mana 2 karakter utama ini akan sentiasa ada.
Di dalam al Quran, di banyak tempat disebutkan tentang kedua-dua karakter ini yang saling tuduh menuduh. Kasihan sungguh si Mustad’afin, sudahlah hina di dunia, di akhirat nanti juga terhina bersama penindasnya!
“ …dan alangkah hebatnya kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari meeka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yang lain. Orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: ‘ Kalau tidaklah kerana kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman.’
Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: ‘ kamikah yang menghalang kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak)sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa.” Saba’ ; 34: 31—33.
Bagaimana untuk keluar dari kemelut ini?
Al jawab—manusia itu mesti disedarkan akan jati dirinya. Disedarkan akan potensi dirinya yang dimuliakan Allah untuk menjadi pentadbir bumi. Dia perlu segera dikejutkan bahawa dia adalah manusia yang dilahirkan ibunya dalam keadaan merdeka, kenapa dia harus menghambakan dirinya sendiri.
Dia perlu segera sedar bahawa Tuhannya ialah Allah dan tiada tuhan-tuhan Firaun kecil yang sepatutnya menjadi perantara. Dia mesti segera sedar bahawa Allah-lah yang menjamin rezeki baginya, bukan manusia. Dan yang paling penting dia mesti cepat-cepat memutuskan hubungan keterikatannya dengan Firaun itu sebelum Firaun itu menyeretnya ke neraka bersama dengannya. Dia mesti menyoal Firaun itu sekarang, bukan menunggu sehingga bila sudah berada di dalam neraka! Keengganannya untuk menyoal tindak tanduk Firaun adalah satu kesilapan fatal!
Mungkinkah ini boleh terjadi?
Lamakah masa yang diperlukan?
Al-Jawab----sangat mungkin dan sejarah telah membuktikannya.
Lamakah? Tidak lama. Boleh berlaku hampir serta merta kalau Allah mengizinkan dan sejarah telah membuktikannya.
Atau katakan 10, 20 tahun …..mungkin.
Inilah yang terjadi kepada para ahli sihir Firaun. Padahal sebelumnya mereka sangat menginginkan menjadi orang-orang yang dekat dengan Firaun. Orang-orang yang mempunyai ‘kabel’ yang kuat.
Namun, bila Allah memberikan hidayah, dan nampak jelas di mata mereka siapa sebenarnya Tuhan, maka sekelip mata mereka menyungkur sujud kepada Tuhan Musa dan Tuhan Harun!
Hilang semua ketakutan kepada si Mustakbirin.
Hilang semua pergantungan dan harapan.
Timbul keberanian yang selama ini entah di mana.
Kata mereka, ‘….kerana itu putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini sahaja’ ( surah Taha, 20:72)
Keberanian apakah ini?
Tidak takut lagi ancaman penjara. Tidak takut lagi ancaman bunuh.
Sesuatu dalam dirinya telah berubah.
Secara fisiknya, dia tetap sama.
Namun kepercayaan dan keyakinannya telah berubah.
Dia sudah mengenal dirinya dan Tuhannya.
Oleh itu, perubahan yang diharapkan tidak akan berlaku bila kita cuma sekadar memberi informasi tentang keburukan penguasa.
Mereka tidak buta. Mereka telah lama tahu. Di dalam hati kecil mereka, kebenaran tidak akan dapat disorokkan.
Perubahan juga tidak boleh berlaku bila kita pula mahu berubah menjadi Firaun. Kita pula yang memberi ‘gula-gula’ dan berkata ikutlah aku kalau kamu mahu selamat.
Perubahan hanya dapat berlaku bila kita mengubah apa yang ada di dalam jiwa manusia.
Jiwa manusia perlu di’besar’kan sebelum dia dapat menjalankan tugasnya dengan lurus.
Jika bekas jiwanya kecil, bagaimana mungkin akan ada perubahan yang besar darinya.
Saya sarankan berilah tumpuan kepada si Mustad’afin ini. Mereka adalah golongan majoriti. Berilah tumpuan kepada usaha-usaha men’tamaddun’kan manusia.
Kalau terus mengikut cara yang sama, hasilnya pastilah sama.
Gunakanlah segala dana, panggil segala pakar, buatlah kajian bagaimana menggerakkan manusia ini.
Di dalam al Quran, jalannya telah terbentang luas. Hubungan antara manusia, kehidupannya dan alam sekitarnya telah dinyatakan dengan terperinci.
Kembalilah kepada kerja-kerja memakmurkan manusia dengan al Quran.
Kembali kepada kerja-kerja memahamkan al Quran dan as Sunnah. Ini adalah kerja-kerja utama yang pasti membuahkan hasil. Sejarah telah membuktikannya. Adakah kita lupa kita pernah menakluki 2/3 daripada dunia?
Saya memberi penghargaan kepada usaha-usaha mendalami al Quran dan hadis seperti yang dijalankan Semat Quran,al-bayyinah foundation, Maktabah Ustaz Emran dan beberapa badan lagi. Semoga Allah memberkati usaha-usaha mereka.
Semoga YB Rafizi tidak bingung lagi.
Rujukan:
1. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Butiy. Membina Tamaddun menurut manhaj al Quran. Pustaka Salafi, 2003.
2. Al Quran
Dr Ariza Mohamed fb

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa