Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 28, 2016

Apa mesej dua menteri berkait kewangan Najib letak jawatan?

Apa mesej dua menteri berkait kewangan Najib letak jawatan, soal Mahfuz
28 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
Tindakan Datuk Seri Husni Hanadzlah meletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan kedua serta semua jawatan dalam Umno dan Datuk Abd Wahid Omar menteri di JPM yang menguruskan EPU di waktu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing menjadi tanda tanya besar kepada seluruh rakyat.

*Kenapa mereka berdua melarikan diri dari skandal besar negara 1MDB?* soal Ahli Parlimen Poko Sena, Datuk Mahfuz Omar.

"Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.

"Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan *seribu satu persoalan*, yang pasti bagi saya ini adalah *protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib,* katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutmya, perletakan jawatan dua menteri kewangan dan ekonomi negara beserta pemecatan Muhyidin, Mukhriz dan penggantungan Shafie atas isu yang sama menjadikan krisis ekonomi negara makin parah.

"Keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia makin pudar dan tidak dapat membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih segar," katanya.

Mengulas perletakan jawatan Datuk Seri Husni Hanadzlah, beliau yang mengaku sahabat baik bekas menteri itu dalam IPU cawangan Malaysia beliau mengharapkan Husni berjiwa Malaysia.

"Beliau mesti berani tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat".

"Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang, demi Malaysia Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa