Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 25, 2016

Berani menyalak tapi takut nak menerkam!

FRIDAY, JUNE 24, 2016
Pas berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam!
Pada 26 Julai 2015, Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mengingatkan bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).  

Menurutnya lagi, kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemgumuman pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS", lapor Mingguan Malaysia hari ini. Baca lagi di sini

Berlandaskan kepada kenyataan Haron Din diatas itulah maka Dewan Muslimat dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu yg lalu telah meluluskan usul yang dikemukakan perwakilan PAS Kedah supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan PKR. 

"Memandangkan sejak kebelakangan ini, Pas dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain," kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.   

Usul itu mempunyai kaitan dengan beberapa tindakan yang dibuat oleh PKR termasuk ketika Pilihan Raya Negeri di Sarawak baru-baru ini.     

Tetapi belum pun Majlis Syura Ulama berbincang dan membuat apa-apa keputusan, tiba-tiba Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu, parti Islam itu akan meneruskan kerjasama politik bersama PKR seperti yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu.     

Kenyataan Mustafa Ali ini berkemungkinan besar kerana bimbangkan Majlis Syura Ulama akan terpengaruh dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR

Tetapi yang peliknya, kenapa usul Muslimat itu perlu dibawa untuk dibincangkanlah oleh MSU? Kenapa tidak dibincang dan diputuskan dalam muktamar sebagaimana keputusan meneruskan kerjasama politik bersama PKR yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu?  

Muktamar Muslimat PAS Ke-62 mengusulkan supaya Majlis Syura parti itu mengkaji untuk memutuskan hubungan dengan PKR pula.  

Mustafa menghina Dewan Muslimat Pas  

Mustafa nampaknya telah menghina Dewan Muslimat Pas apabila beliau memperlekehkan usul Dewan Muslimat yang dianggap 'kurang pengetahuan' dalam isu tersebut 

“Usul Dewan Muslimat itu timbul disebabkan kurangnya ‘pengetahuan’ pihak berkenaan dalam isu tersebut.-," kata Mustafa.  

“Dia (pihak kemuka usul) tak tahu banyak perkara, dia tengok begitu sahaja. Kalau secara keseluruhannya, benda yang positif (bersama PKR) masih banyak.”  

Sepatutnya, Usul Dewan Muslimat itu dibawa untuk dibincang dan dibahaskan dalam muktamar Pas Pusat kerana hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 


Merujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS   Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.  

Melalui perbahasan dan perbincangan secara terbuka oleh para muktamirin, maka kita semua akan dapat menilai sama ada usul tersebut patut diterima atau ditolak oleh muktamar.  

Juga melalui perbincangan dan perbahasan itu juga, maka banyak perkara yang Dewan Muslimat akan pelajari, kalaulah benar dakwaan Mustafa bahawa Muslimat tak tahu banyak perkara. 

Sebenarnya, Pas ni berlagak macam anjing yang menyalak bukit sahaja.... berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam! Tunggu apa tunggu? - sumber asal

2 comments:

  1. Saya lebih suka keadaan seperti ini berlaku dalam muktamar pas.

    Perwakilan 1: Saya usulkan pas dibubarkan.

    Perwakilan 2: Saya menyokong.

    Perwakilan 3: Saya cadangkan perkara ini dipersetujui tanpa bahas.

    Perwakilan 4: Saya sokong.

    Perwakilan 5: Cadangan ditutup.

    Perwakilan 6: Saya sokong.

    Finish.

    ReplyDelete
  2. https://www.youtube.com/watch?v=oxoUY5AFYSw

    kalau tak salah ini taktik cara di guna oleh BiN pada tahun
    1998. tapi kali ini PAS dapat di lemah kan.
    masa itu DAP berkerjasama dengan PAS setelah Anwar di pecat dan penjara.
    Sifu taktik ini barua kemampusan Lin Kin Yik dan juga Lin Cock Weng.


    cara dasar ialah menyerang dan menyebarkan skandal skandal pemimpin pembangkang utama
    dan di ulangi propaganda berulang ulang untuk melemahkan image parti.
    misal nya skandal banglo, rasuah di penang dan Talam di Selangor.
    ini sangat berkesan jika pengundi pragmatik - hanya mementingkan diri
    seperti kaum cina dan undi mengikut keadaan tanpa sedar iplikasi jangka panjang.


    cara kedua ialah menkunjugi dan mencuci minda rakyat biasa secara meluas.
    pada masa itu banyak artikle propanganda di edar.
    misal nya di kampong kampong baru cina banyak risalah
    seperti kena khantam di edar dengan luas.perlaksanan undang hudud
    , dan cina tidak di benar kan makan daging, minum arak, berjudi.
    juga kartoon kartoon seperti PAS, DAP dan Keadilan tidur se katil.


    juga cara menakut nakut kan, sepeti kekurangan pembangunan.

    Pada masa ini pemimpin PH kabanyakan sedang mimpi telah menawan Putra Jaya
    masing masing cam nak jadi PM.
    Anuar mimpi jadi PM
    Hadi mimpi jadi PM
    Azmin Ali mimpi jadi PM
    Lim Guan Eng mimpi jadi TPM
    Mat Sabu mimpi jadi TPM

    Hadi dan PAS pun hanya nak RUU. dan DAP pula menetang.
    dan isu ini di ekplotasi maximun. NGO NGO di guna kan untuk menburuk kan
    dan menanam rasa anti Islam oleh parti DAP.
    keadaan menjadi lebih meruncing jika 3M menubuhkan parti baru.
    sudah pasti akan di lulus kan penubuhan nya
    Muyhiddin mimpi jadi PM




    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa