Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 26, 2016

'kafir harbi'; Ibrahim Ali pun belasah Mufti Pahang!

Gelaran 'kafir harbi' keterlaluan - Ibrahim Ali
Hafiz MarzukhiAstro Awani |  Jun 25, 2016 18:38 MYT
Gelaran 'kafir harbi' keterlaluan - Ibrahim Ali
IBRAHIM: Walaupun banyak kami tidak setuju dengan DAP, istilah kafir harbi keterlaluan.
KUALA LUMPUR: Gelaran 'kafir harbi' yang dilabelkan kepada DAP agak keterlaluan, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

"Walaupun banyak perkara yang kami tidak setuju dengan DAP, tetapi kami merasakan tidak wajar mereka dilabel sebagai kafir harbi," kata Ibrahim.

Tambahnya, kenyataan itu wajar dibetulkan agar ia tidak memberi tanggapan yang buruk terhadap Islam.

"Kita tidak mahu imej buruk terhadap Islam apabila kenyataan sebegini dikeluarkan," jelas Ibrahim.

Pada Khamis, Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Menurutnya, DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk me­nubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka," ujar Abdul Rahman seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.
BACA: Dr MAZA: Siapa kafir harbi?

3 comments:

  1. Bila pulak Hadi nak bagi cetusan idea bangangnya nya pulak..........???

    ReplyDelete
  2. Yang menentang perlaksanaan perundangan Islam bukan DAP saja, MCA, MIC malah UMNO pun sama....betul tak?

    Mufti ni pun satu....kalau nak bodek ke, nak naik gaji ke...takyah lah sampai sanggup jadi pembunuh...

    Bahaya cara ni....

    ReplyDelete
  3. Masaalahnya RUU pun xdi bahas lagi..sapa sokong sapa x pun xtau

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa