Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 24, 2016

Isy..isy...Musa Aman pulak!

Mahkamah Switzerland arah bank dedah dokumen berkait Musa Aman

  | June 24, 2016
Bayaran dimasukkan ke dalam akaun UBS di Singapura dan Hong Kong, di mana sesetengah transaksi dirujuk sebagai "wang muka konsesi balak"
Musa-Aman,-UBS-Banking,-BMF
PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan Switzerland semalam memerintahkan UBS Bank mendedahkan rekod berkaitan hubungan perniagaannya dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Ia berkait siasatan pihak berkuasa negara itu mengenai kes pengubahan wang haram melibatkan AS$90 juta (RM363 juta).
Kes itu dibawa aktivis anti-pembalakan Yayasan Bruno Manser (BMF) pada Ogos 2012 dengan mendakwa terdapat aktiviti pengubahan wang haram yang turut berkait dengan Musa.
Pada November 2014, pendakwa raya Switzerland merampas rekod UBS menunjukkan hubungannya dengan Musa, yang dituduh menerima rasuah hasil pembalakan hutan di Sabah.
Menurut BMF, bayaran dimasukkan ke dalam akaun UBS di Singapura dan Hong Kong, di mana sesetengah transaksi dirujuk sebagai “wang muka konsesi balak”
“Walaupun ia mengumumkan akan bekerjasama dengan siasatan itu, UBS enggan berkongsi dengan pendakwa raya beberapa dokumen penting mengenai hubungannya dengan Musa Aman,” kata BMF dalam kenyataannya.
UBS berhujah, memandangkan ia sendiri tertuduh dalam kes itu, ia tidak perlu menjadi saksi.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan kes melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram sebesar itu memerlukan pendedahan rekod bank kepada pihak pendakwa.
“Bruno Manser Fund mengalu-alukan keputusan penting dari Mahkamah Persekutuan Switzerland itu dan berharap UBS akan didakwa atas pengubahan wang haram dalam kes Musa Aman beberapa minggu yang akan datang.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa