Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 25, 2016

UMNO Pagoh lawan arus: Apa akan jadi agaknya?

Umno Pagoh tolak keputusan MT pecat Muhyidin
25 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
Tan Sri Muhyidin Yasin

Umno bahagian Pagoh hari ini sepakat menolak keputusan yangdibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno berkuat-kuasa semalam.

Ketua Penerangannya, Hairul Izam Abd Samat berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengkaji dan meneliti beberapa perkara.

"Kami menolak keputusan ini kerana pemecatan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 20 Disiplin.

"MT dan Perlembagaan Umno disalah guna oleh Presiden dengan mengenepikan amalan demokrasi dalam parti di mana Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak daripada awal penggantungan beliau.

"Selain itu, pemilihan Tan Sri Muhyiddin dalam jawatan berkenaan sebelum ini dibuat berdasarkan sokongan daripada ahli parti seluruh negara. Jadi kami sebagai ahli berasa dikhianati dengan keputusan MT," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Pagoh sebentar tadi, lapr Sinar Harian online.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin yang sebelum ini menegur Presiden adalah bertujuan memperkukuhkan parti yang bukan digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.

"Maka, tindakan MT memecat Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada ahli Umno Bahagian Pagoh serta merosakkan perpaduan dan keutuhan parti," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa