Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, June 20, 2016

Alaa.........senang jer, buang ego tu!

PAS akui kerjasama pembangkang perlu, tapi tidak pasti bagaimana

  | June 20, 2016
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.
tuan-ibrahim
PETALING JAYA: Dua hari selepas kekalahan pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS mengakui perlunya suatu bentuk kerjasama seperti Pakatan Rakyat dalam usaha melawan Barisan Nasional (BN).
“Apakah formula sebelum 2008 boleh diterokai semula? Tidak pasti namun keperluannya ada bagi menilai dari pelbagai sudut,” Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu FMT hari ini.
Beliau diminta mengulas kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mengalahkan PAS dan Pakatan Harapan yang diwakili Amanah dengan majoriti besar.
Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.
“Prinsip utama yang boleh dipersetujui ialah satu lawan satu, dan jangan minta rakan kerjasama korbankan kerusi.
“Kedua, setiap parti mesti diberi kebebasan memperjuangkan prinsip parti secara demokrasi,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau bertegas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan PAS bagi mengekalkan hubungan dengan parti lain.
“Mereka yang tidak menghormati dan tidak boleh menerima prinsip PAS, mustahil diadakan kerjasama. Mereka yang menjadikan rasuah dan salahguna kuasa membuli rakyat juga termasuk dalam mereka yang bercanggah teruk prinsip PAS dan kerjasama politik tidak dapat dilakukan.
“Tiada parti yang sanggup bekerjasama sampai hilang prinsip dan jati parti, dan juga tiada parti yang sanggup bekerjasama dengan mereka yang mencuri kerusi parti,” katanya.
Pada PRU 2008 dan 2013, PAS, DAP dan PKR mengadakan persetujuan mengelak pertindihan kerusi.
Langkah itu membantu parti pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

# aku nak tambah: Pada satu pagi aku bersembang dengan geng-geng totok PAS (dari muda sampai ke tua mereka di dalam PAS dan pendokong PAS) sejak dari zaman Asri lagi dan aku kenal mereka ini sejak dari umurku dua puluhan tahun lagi. 

Mereka juga bersetuju dan memperakui yang mengotorkan PAS dan prinsipnya adalah Haji Hadi dan gengnya. Perpecahan berlaku pun kerananya dan kumpulan yang wala' padanya. Namun bagi mereka ini belum pasti wala' sungguh atau opportunis.

Jadi jalan keluarnya bagi PAS ialah mereka ini keluar atau dihumban keluar dari PAS. Selesai masalah!

2 comments:

  1. curi kerusi ni kerja Pas tak gitu? Memaki hamun terhadap perbezaan pendapat pun KERJA PAS........apa yg TITM sebut tu yg takda dalam Pas

    ReplyDelete
  2. Tinggalkan Pas dan join Amanah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa