Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 23, 2016

PRK SB dan KK sedikit merubah landskap politik negara

Assalamualaikum

Setelah beberapa hari berlakunya PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar....kini yang tinggal adalah postmortem dari setiap parti yang bertanding

Di sini....sebagai marhaen atau mata kerajaan dan pembangkang....timbul beberapa perkara yang merubah landskap politik negara....juga ada beberapa perkara yang tidak berubah

Antara perkara yang baharu adalah...perpecahan parti pembangkang yang berlawanan antara satu sama lain....jika di lihat  secara kasar ianya merugikan pihak pembangkang....tetapi setelah ia berlaku....ianya adalah pertandingan yang sengit

BN dan Pas adalah parti yang  telah.lama dominan....tetapi dengan kehadiran Amanah sebagai  parti baharu dan mewakili Pakatan Harapan....Amanah berjaya menurunkan peratus kedua-kedua parti lama....iaitu BN dan Pas

Ertinya....PRK ini menjadi ukuran kepada semua parti yang bertanding....di lihat....BN sebagai pemerintah mungkin agak selesa untuk membubarkan Parlimen awal iaitu Snap Elections

Di pihak pembangkang  pula....Pas mengalami kemerosotan yang teruk.....dan perlu melakukan perubahan yang besar jika hendak selamat

Manakala Pakatan Harapan pula....PRK ini ibarat mengikat janji dengan rakyat....untuk di bawa kepada PRU akan datang.....ia satu perkara yang positif dan akan menjadi lebih berjaya....jika Pakatan parti itu jitu dan lebih  kukuh gerakannya

Itulah antara perubahan iklim politik kini....tetapi ada juga  perkara  yang tetap  tidak berubah....walaupun berpuluh tahun PRU atau pun PRK telah di jalankan. Perkara paling ketara adalah"  perkauman " atau pun racism politikal......rasict tetap  menjadi senjata utama selain daripada  "cash is king "

Pas kelihatan mempromosikan "Amanah Khadam DAP ".....dan saraf ini telah berjaya menewaskan Pakatan Harapan....

Tetapi perkara yang amat mengecewakan adalah "Amanah Khadam DAP" ini sebenarnya datang dari BN....dan di gunakan oleh Pas dalam keadaan Pas  tidak sedar......jadinya kini "Pas Khadam BN".... kerana saraf yang di bawa Pas itulah yang memenangkan BN

Politik racist dan wang ini....sudah ibarat menjadi culture kepada bangsa  Malaysia....inilah perkara yang tidak berubah....lama kelamaan ianya seperti Filem Hindi....di mana ahli politik menjadi berjaya kerana wang dan perkauman

Untuk PRU akan datang......kita sama-sama mahu melihat parti yang matang juga rakyat yang matang....jika demokrasi di jalankan dengan baik....hasilnya juga akan baik....

Wallahu ' alam

Layar Impian  9. 06 am😊

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa