Nusyuz: Musa dakwa isteri gagal laksana tanggungjawab
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
28 JUN 2016
SUBANG - Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang mendakwa isterinya, Hamidah Mohd Junid gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Dalam pernyataan tuntutannya, Musa, 42, selaku plaintif mendakwa defendan, Hamidah, 43, telah tinggal berasingan bilik di rumah kelamin mereka, di Bandar Sunway, dekat sini, sejak Januari lalu sehingga sekarang.
Musa didakwa telah beberapa kali mengajak dan memerintahkan Hamidah untuk kembali tidur di bilik kelamin, namun enggan dituruti.
Hamidah yang juga seorang guru turut didakwa menolak melakukan hubungan kelamin tanpa sebab- sebab sah menurut syarak.
"Kejadian terbaru berlaku pada 15 Jun lalu sehingga menyebabkan pertengkaran mulut dan laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Sunway," katanya.
Defendan juga didakwa keluar rumah tanpa izin sebanyak lapan kali.
"Antaranya pada 23 Januari lalu, defendan telah keluar rumah kelamin pada jam 5 petang selama dua hari.
Plaintif menghubungi defendan melalui telefon namun tidak dijawab," katanya.
Hamidah turut didakwa gagal melaksanakan tugas-tugas seorang isteri seperti menyediakan makan minum, mencuci dan melipatkan pakaian.
"Bukan sahaja baju dan seluar plaintif tidak diuruskan defendan, malah pakaian anak- anak dibiarkan berlonggok tanpa dilipat.
"Defendan juga tidak mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dan dibiarkan di dalam sinki," katanya.
Musa diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie, pada sebutan kali pertama kes berkenaan di Mahkamah Rendah Petaling, semalam.
Hamidah atau peguamnya tidak hadir.
Roshdan berkata, pihaknya berhasrat untuk meminda alasan pertama, kedua dan keempat kerana perkara tersebut masih berlaku walau dua notis telah dikeluarkan pada Mei dan pertengahan bulan ini.
Pada prosiding itu juga, beliau memaklumkan saman tersebut masih belum dapat disempurnakan dan ia akan diselesaikan selepas pindaan dibuat.
"Justeru saya memohon tarikh baru untuk sebutan semula," katanya.
Hakim Syarie, Shukran Yusof membenarkan permohonan itu menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes.
Plaintif turut diperintah memfailkan pindaan penyata tuntutan sebelum tarikh akan datang.
Musa memfailkan tuntutan agar isterinya kembali taat kepadanya mengikut Seksyen 60(2)(a), (b) atau (c) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 pada 21 Jun lalu.
Musa dan Hamidah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan mempunyai tiga anak berusia 18, 16 dan 10 tahun.
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
28 JUN 2016
Musa Awang

Konon nak tegakkan hudud, tegakkan syariah, tapi bini sendiri tak terjaga. Alasan bini tak lipat baju sekolah anak. Kahkahkah....
ReplyDelete