‘Negeri Serambi Mekah kotor, memalukan’
Agus turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
PETALING JAYA: Ahli akademik kelahiran Kelantan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan negeri itu yang menurutnya kotor dan memalukan.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, isu kebersihan negeri yang diberi jolokan serambi Mekah itu bukan sesuatu yang baru, malah ia berlaku sejak sekian lama.
Katanya, kerajaan PAS Kelantan juga tidak sepatutnya menjadikan alasan tiada dana kewangan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerana mereka boleh meminta bantuan daripada pusat.
“Pesan saya kepada kerajaan negeri, janganlah selalu memberi alasan tiada duit kerana diskriminasi kerajaan pusat apabila gagal menyediakan keperluan asas rakyat.
“Malulah kita negeri yang ‘Membangun Bersama Islam’ jika mengambil mudah kepada hal menjaga kebersihan dan keperluan rakyat.
“Jika sungguh tidak ada duit, mintalah bantuan kerajaan pusat. Dengan hubungan politik yang baik di bawah payung ‘politik matang dan sejahtera’ sekarang, bantuan itu diberikan,” tulis Agus dalam Facebooknya.
Beliau turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
“Bukan sahaja bandarnya bersih, kampung-kampungnya juga dijaga bersih. Mengapa kita tidak boleh lakukan hal yang sama di negeri kita?” katanya.
‘Kelantan semakin bersih’
Diminta mengulas dakwaan itu, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya mengakui perkara tersebut, namun berkata tahap kebersihan di negeri itu meningkat setiap tahun.
Katanya, rata-rata rakyat yang kembali ke Kelantan memuji perubahan tahap kebersihan yang berlaku di negeri itu setiap tahun.
“Ramai orang yang puji dari sudut peningkatan kebersihan setiap tahun kerana banyak masalah sudah selesai,” kata Abdul Fattah, dan menambah kerajaan negeri melakukan kini agresif memberi kesedaran kepada umum mengenai kebersihan, termasuk dengan membuka talian khusus aduan kebersihan.
Abdul Fattah mengakui kerajaan negeri bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut dan mengalu-alukan aduan, teguran serta cadangan.
Katanya, sasaran kerajaan negeri mencapai negeri bersih tahun ini terhalang selepas banjir besar akhir tahun 2014, dan berharap matlamat itu dicapai pada tahun depan.
# Dr. Agus tu pun Anak Kelantan........dia tahu apa yang dia cakap!
# Dr. Agus tu pun Anak Kelantan........dia tahu apa yang dia cakap!
kalau setakat Islam pada nama yang ditaruh, siapa pun boleh dabik dada. Nasib baik pada agamanya Jepun kapir, namun pada perangai dan tingkah laku mereka jauh lebih islamik kan?
Sebagai gambarannya cer pi melawat tandas di masjid-masjid. Berapa peratuskah yang tidak merasa loya nak masuk?
Entah-entah jamban/tandas/bilik rumah-rumah pak lebai pun menjijikan!
Ini aku cerita pengalaman akulah sebagai Anak Kelantan. Pernah satu masa cucu lelaki aku berumur 4 tahun tak jadi buang air sebab tandas kotor. Dia bantah sambil menjerit "Tanaklah Datuk, tandas ni eee....kotor sangatlah!"
Itu hanya tandas, di bahagian lain bagaimana agaknya penilian orang
Terpaksa aku larikan dia dari situ bimbang tuan rumah malu......
cakap senang la prof xkena bayar.duit royalti minyak pon kena tipu.ni nak pjam plak.xpyah lh prof.
ReplyDeleteApakah PAS sudah tidak mampu mentadbir lagi? Inilah punca sebenar isu hudud.PAS mahu mengalihkan masalah-masalah dalaman negeri Kelantan bertopengkan hudud. Seperti cerita nujum pak belalang.siapa tak nampak
ReplyDelete