Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 21, 2016

Dah rakyat rela dan baik hati........nak wat macam mana?

KADIR JASIN: SINDROM TOGO LANDA MALAYSIA JIKA…
by ARIANNA - 2016-06-20
Ekoran berlabuhnya tirai pilihan raya kecil berkembar, seorang wartawan veteran mengingatkan rakyat negara ini tentang masa depan yang suram jika tiada perubahan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita mesti bersiap siaga untuk mengalami sindrom Togo dan berdepan risiko semakin hampir untuk menjadi negara yang gagal,” dakwa A Kadir Jasin dalam catatan terbaru blognya.

Beliau berkata, menurut Indeks Kebahagiaan Dunia Tahunan, negara Afrika Barat yang dilanda kemiskinan telah dinobatkan sebagai negara paling tidak gembira di dunia.

“Namun, selepas laporan itu diterbitkan, Presiden Faure Gnassingbe telah terpilih untuk penggal ketiga,” katanya.

Walaupun mendakwa tidak terkejut dengan keputusan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, namun bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times tetap membidas para pengundi di kawasan terbabit.

“Apa yang mengejutkan saya adalah walaupun salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disampaikan, bersama BN, rakyat masih memberikan undi kepadanya.

“Malangnya, keputusan pengundi itu bukan sahaja memberi semangat untuk terus mempertahankan kesalahannya, malah, turut melakukan kesalahan baru jika dia mahu.

“Tetapi tidak wajar untuk menyalahkan Najib dan mereka yang bersekongkol beliau semata-mata. Mereka yang mengundi BN juga harus berasa malu kerana membenarkan pemberian dan janji-janji untuk mempengaruhi undi.

“Mereka benar-benar menjual undi untuk habuan yang sedikit,” katanya.

Bagaimanapun, Kadir, yang diketahui umum rapat dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau turut dipersalahkan bersama. – Malaysiakini


1 comment:

  1. siapa awak nak mempersoalkan kehendak rakyat...bukan semua rakyat bodo2 belaka! satu kenyataan yang amat menghina rakyat! orang di bawah lebih bijak berfikir siapa yang mereka nak pilih. Rakyat Malaysia bukan macam 20 tahun yang lepas....semua ikut cakap pemimpin...mereka ramai terpelajar dan tak akan telan bulat2 tanpa bukti nyata di atas segala isu! Jangan menghina rakyat Malaysia yang tidak menyokong kehendak nafsu anda semata-mata, berfikir matang!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa