Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 13, 2017

Adakah kerana Mahathir Pembangkang gagal bersatu?

Pas punca gagal bersatu bukan Tun M
WARTAWAN SINAR HARIAN - 12 JANUARI 2017
Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Kegagalan pakatan pembangkang untuk bersatu dalam Pakatan Harapan bukan disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya berpunca daripada Pas.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak boleh selama-lamanya menyalahkan pihak lain kerana kegagalan pakatan pembangkang.

“Setakat ini hanya Pas jadi masalah dan penghalang kepada pakatan pembangkang bersatu.

“Parti lain seperti DAP, PKR dan Amanah telah terima Pengerusi Bersatu itu sebagai antara penggerak pakatan pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa berkata sikap Tun Mahathir yang tidak pernah berubah akan menyukarkan kerjasama pembangkang secara keseluruhan.

Malah Mohd Amar turut membayangkan pakatan pembangkang akan hadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Tun Mahathir.

Che Ibrahim memberitahu, Pas mahu semua parti pembangkang lain berada bawah telunjuk mereka dan jadikan sebagai ketua.

“Sebab itu Pas hanya selesa bila berada dalam blok ketiga bersama parti-parti lebih kerdil seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa).

“Pas tidak layak bercakap soal pakatan pembangkang dan parti lain terutama Bersatu dan PKR,” katanya.

Che Ibrahim berkata, kedua-dua situasi itu adalah berbeza dan setiap pihak mesti menggunakan neraca pertimbangan yang berbeza dalam menilai perkara tersebut.

“Pakatan Harapan tidak ada masalah berhadapan BN jika semua parti bergabung dalamnya nekad melupakan Pas.

“Selagi PKR atau Bersatu menaruh harapan Pas akan bersama pembangkang lain sedangkan Pas nekad tidak bersama DAP dan Amanah,  selagi itulah Pakatan Harapan dilihat tidak kemas dan bermasalah,” katanya.

1 comment:

  1. Dr M hanya sebagai kambing hitam..untuk di tuju segala kesalahan.ke tidak sefahaman antara pembangkang.
    sebelum pbbm di tubuhkan . sebelum dr m jd pengerusi lagi ...pas sudah mula melemparkan macam2 tuduhan.
    kisah bermula ketika di masa almarhum tgna lagi..pecah berita tentang ug...
    selepas ketiadaan tgna pecah pula pas ketika muktamar..pas party islam maka semua pemimpin kena org yg bertaraf uztaz ulamak..golongan ptofesional di halau keluar...
    pecah pula brita..pas memutusjsn semua hubungan dengan dap.
    keluar dari gabungan pakatan rakyat kerana ruu355,,
    sampai sekarang..presiden pas jd oenasihat vvip umno...
    kat mana yg salah nya DR MAHADHIR?
    Melainksn kerana kesombongan dan ego pas yg berasa cukup kuat bila bekerjasama dengan umno...
    jangan salahkan org lain jika rakyat tidak lagi hormat dan memilih wakil pas nanti

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa