Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 11, 2017

Kenapa kerajaan tidak batalkan pasport Jho Low untuk memaksanya pulang?

Kerajaan digesa batalkan pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB
10 Januari 2017
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Antara langkah yang perlu diambil kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan skandal 1MDB adalah membatalkan pasport ahli perniagaan, Jho Low bagi memaksanya pulang ke Malaysia.

Dengan cara itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penerangan secara terperinci mengenai skandal syarikat milik Kementerian Kewangan itu mampu diperoleh dan pihak yang terlibat dapat ditangkap.

“Jadikan Jho Low pelarian antarabangsa dan jangan lagi beri apa-apa peluang kepada beliau. Dengan cara itu, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dan memberi penerangan tentang isu 1MDB.

“Tapi, Perdana Menteri tidak berbuat demikian,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada sidang media di Komtar hari ini.

Jho Low pada Julai tahun lalu bersama anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima wang berjumlah hampir AS$3.5 bilion yang dipercayai diseleweng dari 1MDB.

Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura turut menyatakan bahawa Jho Low merupakan ‘orang penting’ dalam meneruskan siasatan mereka dalam skandal berkenaan.

Setakat ini, lima individu telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura dan Abu Dhabi kerana kaitan mereka dengan penyelewengan 1MDB, termasuk bekas pengurus bank BSI Singapura Yeo Jiawei yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.  – sumber

2 comments:

  1. Sepatutunya dilakukan semasa siasatan bukan sesudah siasatan. Malahan siasatan selesai sudah dan tiada kes utk didakwa. Nak batalkan apa gunanya lagi.

    ReplyDelete
  2. Nak kena tempeleng dgn rosmah?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa