Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 8, 2017

Pencuri yang teriak 'pencuri'......!

Dia yang berselingkuh, dituduh orang lain yang buat dajal!
Dia yang tebang balak, orang asli dituduh jahat

PRU14: Umno mungkin 'guna' AMANAH di K'tan, kata PAS
mk     Hari ini, 10:26 pagi
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, peristiwa tahun 1978 mungkin berulang di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Ujar beliau, kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) terutamanya di kawasan marginal PAS sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha bagi mempertahankan kerusi tersebut.

"AMANAH mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.

“Kemungkinan itu tidak dapat ditolak, boleh jadi Umno taja calon daripada AMANAH di kawasan yang mereka anggap boleh menang,” katanya, memetik laporan Harakah Daily.

BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh Datuk Muhamed bin Nasir yakni bekas Menteri Besar Kelantan yang dipecat dari parti Islam itu.

AMANAH yang kini difahamkan mempunyai kira-kira 21,000 ahli juga parti serpihan PAS yang ditubuhkan selepas beberapa pemimpin gagal mempertahankan jawatan pada muktamar parti di Kuala Selangor pada 2015.

Justeru, kata Mohd Amar, beliau mengajak jentera PAS di semua peringkat melipat gandakan usaha bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Kita hendaklah berusaha sedaya mungkin bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang. Sekarang kelihatan muncul satu kesedaran cinta kepada perjuangan.

“Kalau kita sayangkan Kelantan hendaklah kita mempertahankan kerajaan negeri seumpama Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan Kota Madinah ketika perang Ahzab,” tambah beliau.

3 comments:

  1. Cuma ahli dan penyokong pas yg jumud saja boleh percaya kenyataan dangkal datuk amar bengong ni

    ReplyDelete
  2. Imam Syafi'i berkata:"Lebih baik aku berdebat dg seratus orang pintar dari pada dg satu orang bodoh, karena jika aku berdebat dg seratus orang pintar mungkin aku akan menang, namun bila aku berdebat dg orang bodoh jelas aku akan kalah"

    ReplyDelete
  3. ada sepuluh orang kuat...sepuluh sepuluh semua nk bercakap...
    semenjak pemergian almarhum TGNA..habis hancur semua..semenjak menjadi penasihat kepada umno...pas dah jd org mabuk kecubung...
    tak sangka..amanat haji hadi dah jadi arkib..bukan kata nk lawan ...la ni dah jadi sedara sepusat sepusing dah.
    pandai pulak menuduh amanah makan dedak umno jadi balaci umno..ketua parti ape yg duk sepentas..baju sedondon tu...ketua amanah atau presiden pas...
    siapa agaknya yg akan percaya kata mb kelantan tu?
    mereka yg akan percaya kata kata nya habya lah mereka yg menganggap pas parti dunia akhirat..
    mereka yg telah buta akal fikiran yg waras...
    buat perbandingan perlawanan seperti rasullah di dalam perperangan ahzab..
    tentera rasullah berperang kerana allah..tentera pas berperang untuk ape?
    tentera rasullah iklas...org pas terutama pemimpin atasan...iklas ke atau sebab kekayaan.duit harta?
    kalau ikhlas tak adalah habis gondol hutan kena sapu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa