Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 10, 2017

Ramai rupanya Langsuyur yang gigih menghisap darah di Malaysia ni!

Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah 
Astro Awani |  Januari 09, 2017 19:04 MYT
Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor berusia 56 tahun dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor.

Menurut sumber, suspek disyaki telah menerima rasuah berbentuk ‘pinjaman’ bernilai RM150,000 daripada seorang pemilik syarikat yang sering berurusan dengannya di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru berkaitan permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.

Selain itu, suspek juga telah menjalankan urusniaga jual beli tanah dan menggunakan nama anaknya sendiri untuk dijadikan proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang berbangsa Cina.

BACA: Usaha SPRM banteras rasuah bukan bermusim - Ahmad Zahid

Difahamkan, suspek juga telah menerima keuntungan sebanyak lebih kurang RM100,000 hasil urus niaga jual beli tanah itu.

Dalam siasatan pada November lalu, SPRM mengesahkan lelaki terbabit memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di Johor.
Suspek disyaki menggunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan berkaitan hal ehwal pejabat tanah daerah bagi memperoleh tanah selain memperoleh tanah secara pindah milik.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dibawa ke mahkamah untuk dituduh esok.

* Mereka-mereka yang terjerat ni bukan jenis bapak langsuyur lagi. Bapa-bapa langsuyur nampaknya masih belum melanggar jerat

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa