Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 11, 2017

Selepas 43 tahun: Sekadar renungan

Sekadar renungan bersama..

*SELEPAS 43 TAHUN*.

YB Hadi Awang, mencipta sejarah baru bagi PAS apabila menerima jemputan untuk hadir ke perhimpunan Agung UMNO minggu hadapan.

Akhirnya perjuangan PAS di khianati oleh YB Hadi Awang apabila sanggup bersekongkol dengan UMNO.

Di manakah AMANAT HADI AWANG DAHULU?..di manakah PRINSIP PAS DAHULU?...dan DIMANAKAH PERJUANGAN PAS DAHULU?....

Apakah kerana RUU355 maka PAS bersama UMNO? (yang mana parti komponannya iaitu MCA, PBS, PBB dan MIC menolak keras RUU355).

Tahukah AHLI-AHLI PAS bahawa RUU355 itu hanya di baca di PARLIMEN sahaja bukan untuk di luluskan, dan perbahasannya untuk di pinda akan di jalankan di dalam dewan yang mulia itu pada tahun hadapan.

Kebarangkalian RUU355 itu lulus untuk di pinda adalah sangat tipis..YB Hadi Awang hanya menipu buat sekian kalinya sahaja.

Dan yang pasti PAS telah dan sedang di permainkan oleh UMNO sekali lagi tanpa segan dan silu.

Tapi sebenarnya bukan isu RUU355 yang menyebabkan PAS di heret untuk bersama UMNO demi survival UMNO.

YB Hadi Awang mengheret PAS kedalam persepakatan UMNO dan PAS kerana semata-mata terhutang budi sebanyak RM90 juta.

RM90 juta yang di terima oleh YB Hadi Awang itu adakah satu fitnah?....(kalau fitnah kenapa tidak di ambil tindakan terhadap orang yang membocorkannya awal dahulu).

Kepada ahli PAS, sedarlah, bangun dan berdirilah bahawa anda sekali lagi di tipu oleh YB Hadi Awang demi survival politik beliau.

Maafkan saya sahabat PAS kerana terpaksa menggunakan perkataan PAS di dalam penulisan ini walaupun hanya 5% sahaja yang bersetuju dengan perbuatan YB Hadi Awang, saya terpaksa menggunakan perkataan PAS kerana YB Hadi Awang adalah Presiden PAS dan ianya mewakili PAS.

Tolaklah YB Hadi Awang dan sekutunya, gantilah YB Hadi Awang di dalam pemilihan akan datang kerana YB Hadi Awang bersubahat dengan pemerintah yang zalim dan merosakkan masa hadapan generasi penerus negara ini.

*SAJA NAK TANYA*, sanggup ke anda menjual maruah dan pegangan anda sebagai ahli PAS semata-mata kerana PRESIDEN anda mendapat RM90 juta dan anda hanya alat beliau.

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)

1 comment:

  1. Biar hadi awang terus terajui pas hingga pas lebur

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa