Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, May 5, 2017

Kalau betul begini, maka benarlah kata Mahfuz 'kebuloq'!

Putus hubungan Pas dengan PKR hanya 'acah-acah' sahaja
05 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Keputusan Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR bukanlah suatu yang muktamad dan sekadar 'acah-acah' sahaja memandangkan ia disandarkan kepada persetujuan majlis syura parti itu.
Malah 'keputusan bersyarat' itu juga dibuat bagi menunjukkan bahawa Pas bukanlah pihak yang mahu memutuskan hubungan tetapi didorong oleh tindak-tanduk PKR.
Mengulas isu ini, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad memberikan contoh usul Muktamar Pas 2015 untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
"Masa itu tidak ada syarat. Apabila dikatakan bahawa usul (memutuskan hubungan dengsn DAP) itu diterima tanpa bahas, dengan sendirinya hubungan dengan DAP telah terputus, (namun) ada pula pimpinan Pas yang menafikannya. Dan didakwa bahawa ianya tetap bergantung pada keputusan Majlis Syura Ulamak!
"Akhirnya terpaksa DAP sendiri menjelaskan bahawa dengan usul tersebut bermakna Pas sudah memutuskan hubungan dengan DAP. Oleh itu Kit Siang istihar, 'Pakatan Rakyat sudah terkubur'," jelas beliau.
Namun kata Khalid, Pas tetap menafikan bahawa mereka yang memutuskan hubungan tahalluf dan mendakwa ia berpunca daripada DAP.
"Seolah-olah usul yang diterima tanpa bahas itu tidak bermakna dan hanya main-main," katanya yang juga bekas pemimpin Pas.
Khalid SamadKhalid SamadBeliau yakin kaedah yang sama akan digunakan Pas dalam isu memutuskan hubungan dengan PKR.
"Sememangnya saya tak nampak Pas akan memutuskan hubungannya dengan Keadilan secara rasmi. Ini kerana Pas ingin berbangga dengan dakwaan 'Pas tak pernah khianat setelah membuat perjanjian. Pas yang ditolak keluar, bukan Pas yang keluar'," ujarnya.
Khalid juga yakin tindakan Pas itu dibuat bagi 'mengugut' PKR untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi parti tersebut dan mendorong PKR memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).
Beliau turut menyentuh kesediaan Pas untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan menyifatkannya sebagai 'politik main-main' Pas.
"Ianya hanya sekadar nak pacak bendera dan mendakwa "kerusi ini kerusi Pas", bukan untuk nak menang di 80 kerusi tersebut. Yang penting pacak bendera, menang kalah lain hal. Soal menjatuhkan Najib tidak dilihat serius olehnya," ujar beliau.
Tulisan Khalid boleh diikuti dalam mingguan Amanah keluaran terbaru.

KaitanHAHAHAHAHA...TAK TAHU BILA KETAWA INI MAHU BERHENTI!!

1 comment:

  1. Itulah masalahnya cakap melayu tak profesional. Bg dia, tidak boleh jd ya dan boleh jd tidak. Quran tak ajar kita begitu. Jk quran bersikap dolak dalik, peninglah kita. Dgn bangsa lain yg bersikap lebih profesional, bila kita kata putus dia faham sbg putus! Habis cerita

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa