Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 3, 2017

Memalukan: Inilah dia yang menghina agama

SPRM Tahan Bekas Pengerusi Dan Setiausaha Masjid
mStar - Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 9:09 PM
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka telah menahan dua lelaki selepas disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM116,000.00 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen di Melaka.

Kedua-dua yang ditahan bekas pengerusi dan setiausaha Masjid Al-Hamideen.

Mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira jam 7 petang Selasa.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berusia 61 tahun dan 46 tahun telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012.

Tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen yang terletak di Kampung Bukit Cina, Melaka disyaki telah dijual kepada seorang lelaki bukan Islam tanpa melalui proses yang sah.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah dengan menjual tanah yang diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya direman pada Rabu untuk membantu siasatan kes tersebut.

Kaitan: Jual tanah wakaf: Mantan pengerusi dan setiausaha masjid direman

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa