Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 11, 2017

Sah tertalaq hari ini, tapi dah muka tak malu nak juga duduk sebilik!

Tahaluf siyasi PAS dengan PKR kini sah terbatal
Shakira Buang Hari ini, 6:55 petang
Majlis Syura Ulama PAS hari ini menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR terbatal.

Perkara itu diumumkan setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah terbatal," katanya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Antaranya, kata beliau, tindakan PKR tidak menyokong - malah menentang - sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS.

Beliau memetik usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sebagai contoh tindakan PKR itu.

Katanya, PKR juga melanggar adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.

"Khianat dalam hubungan politik dengan PAS.

"Antaranya dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Antara anggota Majlis Syura Ulama PAS yang hadir hari ini ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Anggota Parlimen Pasir Mas yang juga ahli jawatankuasa pusat parti itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan ketua penerangan, Nasrudin Hassan.

Bagaimanapun, mengenai isu di Selangor, Majlis Syura Ulama PAS berkata, keputusan lanjut mengenainya diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.

Majlis Syura Ulama menjelaskan, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

Sementara itu, ditanya sama ada pintu rundingan dengan PKR masih terbuka, Nik Muhammad Zawawi berkata, PAS sedia bertemu dengan parti itu.

"Ya, boleh berjumpa (untuk rundingan)," katanya.

Sebelum ini seorang daripada pemimpin tinggi PKR menyatakan kesanggupannya bertemu dengan PAS bagi membincangkan perancangan masa depan mereka.

Pada 9 Mei lalu Malaysiakini melaporkan, Datuk Seri Azmin Ali sebagai berkata, beliau sanggup bertemu presiden PAS walaupun kedua-dua parti kini mempunyai perbezaan.

PAS: Kekal dalam Selangor demi maslahah rakyat
N Faizal Ghazali   Hari ini, 7:22 malam
Walaupun kerjasama politik PAS-PKR secara rasminya terbatal, PAS tetap kekal dalam kerajaan Selangor demi “maslahah” atau kebaikan rakyat, kata Sallehen Mukhyi.

"Kita bersetuju dan akan ikut keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama bahawa tidak akan ada lagi pakatan politik atau tahaluf siyasi dengan antara PAS Selangor dan PKR.

"Kalau (di peringkat) kerajaan negeri, PAS akan terus berada dalam kerajaan Selangor sebab kerajaan itu bertujuan untuk menjaga maslahah rakyat.

"Oleh sebab itu kerajaan yang ada sekarang ini, yang dibina melalui mandat rakyat dalam pilihan raya yang lalu antara PAS, PKR dan DAP bersetuju untuk berada dalam kerajaan," kata pesuruhjaya PAS negeri yang baru dilantik itu.

Majlis Syura Ulama PAS petang ini melaksanakan keputusan muktamarnya awal bulan ini untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Keputusan itu dibuat atas alasan berlaku begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat kerjasama menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kini berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor iaitu Datuk Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini Sallehen menjelaskan tidak lagi perbincangan politik dengan PKR akan dibuat, seperti berkaitan pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum.

"Perbincangan berlaku dalam kerajaan sahaja.

“Ia akan berakhir apabila DUN dibubarkan kecuali menteri besar tak mahu, dia boleh bawa kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya.

* Cantik punya alasan 'maslahah rakyat'. Korang ingat rakyat pilih korang kerana PASkah? Oiii......rakyat pilih korang dulu di atas gabungan Pakatan Rakyatlah wei!

Dah korang tanak dan menyampah dengan Pakatan Rakyat dan korang talaq pula bini yang memberikan karung guni untuk bersenang lenang, korang masih tanak berambus?

Hei......korang ada maruah tak?

DAP tanak boikotkah geng-geng Lebai tadak maruah ni?

7 comments:

  1. Maruah PAS Selangor sudah berkecai bagaikan sampah dilihat bertaburan di tepian longkang. Jika PAS Selangor masih mempunyai maruah lepaskan sahaja jawatan exco-exco bukan beralasan, kononnya dipilih rakyat sedangkan rakyat hanya memilih untuk menjadi wakil rakyat bukan exco. Mungkin kerana pulus PAS Selangor terpaksa menafikan maruah dan akhlak mereka. Hinanya seorang pejuang agama hanya mementingkan harta duniawi dan kebendaan.

    ReplyDelete
  2. KALAU DAH PUTUS BUAT APA TUNGGU LAGI, BELAH LAH, TAK MALU KE??? PAS SEMUA OK, TAK KHIANAT, TAK SABOTAJ, PRU 13 DULU DUN SUNGAI ACHEH DAN BUKIT DAMANSARA DAN DI TERENGGANU DAH DITETAPKAN UNTUK PKR, PAS LETAK CALUN BUKAN DAK KHIANAT, BUKAN NAK SABOTAJ CUMA NAK BAGI PENGUNDI BUAT PILIHAN,ITU SAJA.........

    ReplyDelete
  3. exco pas bertenggek atas ehsan exco Dap. Dap dah izin. so jadi barua baru Dap lah sekarang. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Cuba tok sah layan pas. Azmin tak yakin pd diri sendiri dan pakatan sedia ada? Klu mcm tu lebih baik pas dan umno teruskan sj usaha jatuhkan kerajaan selangor

    ReplyDelete
  5. Bila Jamal Jamban dapat sewa van jenazah satu Selangor pi demo, dah terbau kentut busok geng Lobai nak sabotaj PH Selangor! Sekarang dah cirit-birit. Alahai Lobai... cerai tapi gila talaq memang kasihan..

    ReplyDelete
  6. Korang ni pandai-pandai suruh lobai-lobai beghambus ni apahal. Koghang ingek sonang ko dapek duit ghibu-ghibu kek lua sinun. Asik bagi ceramah jo oghang pun bosan. Ustad lain pun nak idup jugak. Ni lopeh PRU nanti dapek pencen adun pun tak apo. Tak payah jua kismis, tak payah forum dan tak payah bagi kuliah. Kelian janganlah sughuh kami boghambuih. Tunggulah tak lamo lagi PRU. Lopeh tu bawakla nasib masing-masing. Mano yang jua kismis jua lah, mano yang ajar fardhu ain, aja lah dan mano yang bawak oghang poie umrah bawak lah. Mano yang niago macam YB Kassim sonangla. Dio daghi dulu niago. Tak masuk politik pun boleh idup.

    ReplyDelete
  7. Korang ni pandai-pandai suruh lobai-lobai beghambus ni apahal. Koghang ingek sonang ko dapek duit ghibu-ghibu kek lua sinun. Asik bagi ceramah jo oghang pun bosan. Ustad lain pun nak idup jugak. Ni lopeh PRU nanti dapek pencen adun pun tak apo. Tak payah jua kismis, tak payah forum dan tak payah bagi kuliah. Kelian janganlah sughuh kami boghambuih. Tunggulah tak lamo lagi PRU. Lopeh tu bawakla nasib masing-masing. Mano yang jua kismis jua lah, mano yang ajar fardhu ain, aja lah dan mano yang bawak oghang poie umrah bawak lah. Mano yang niago macam YB Kassim sonangla. Dio daghi dulu niago. Tak masuk politik pun boleh idup.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa