Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 5, 2017

Sambut Azmin: Apakah PAS akan bersilat dengan berkata exco mereka bukan mewakili parti?

Puluhan, termasuk Exco PAS sambut MB di KLIA
mk  -  Hari ini, 6:16 petang
Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa kemungkinan kerajaan negeri Selangor bakal tumbang, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali disambut oleh puluhan penyokong yang membawa pelbagai sepanduk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.

Antara yang hadir adalah dua orang anggota exco PAS Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi bersama timbalan speaker DUN Selangor, Shafie Ngah, yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor.

Walau bagaimanapun, kelibat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad, yang juga seorang
anggota exco kerajaan negeri tidak kelihatan pada majlis anjuran kelab penyokong kerajaan (BBC) negeri itu.

"Dewan Undangan Negeri belum dibubarkan, bukan?" kata Azmin yang sempat berseloroh ketika bersalaman dengan timbalan speaker.

Antara yang hadir termasuk ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, Ahli Parlimen, Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala wakil rakyat PAS yang hadir adalah ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman, ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan ADUN Seri Sedang,Noor Hanim Ismail.

Azmin ketika bercakap kepada pemberita, menolak spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan negeri yang diterajuinya bakal tumbang.

Ini susulan Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah, minggu lalu, yang bersetuju meminta Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Jelas sekali, pilihan raya umum semakin hampir, tetapi angan-angan Umno masih jauh daripada realiti.

"Umno beranggapan dengan membuli kerajaan negeri, kita akan hadapi masalah, tetapi hari ini kerajaan Selangor begitu kuat," katanya.


Azmin dan delegasinya pulang susulan lawatan ke Maghribi, Jordan dan Mesir sejak 1 Mei lalu bagi menyampaikan sumbangan pendidikan Peduli Siswa RM2.5 juta kepada pelajar Selangor di sana.

PAS minggu lalu sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa agar Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

Parti itu kini masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR, dengan tiga wakilnya dilantik sebagai exco.

Langkah itu jika diluluskan Majlis Syura Ulama bakal memberi kesan terhadap kedudukan exco PAS di bawah pentadbiran Azmin.
 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa