Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 2, 2017

Senjata menjelang PRU 14: Api perkauman dinyala dan semarakkan?

Kenyataan Media.

AWAS NYALAAN API PERKAUMAN DI AMBANG PILIHAN RAYA UMUM KE 14

1. Sebenarnya cadangan sebuah NGO Melayu (Bertindak) untuk menyemak kembali status kerakyatan bukan melayu di negara ini adalah merupakan satu perancangan rapi dan teliti oleh pihak-pihak tertentu untuk menyemarakkan permainan api perkauman menjelang berlangsungnya PRU ke 14 tidak berapa lama lagi.

2. Adalah terlalu mudah untuk membaca perancangan dan  strategi pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana senjata agama dan perkauman sangat mudah untuk membangkitkan sentimen dan kemarahan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

3. Sangat malang apabila menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 menjelang 31 Ogos nanti, masih ada golongan yang masih bermain dengan isu kerakyatan satu-satu kaum yang dikatakan bukan berasal dari negara ini.

4. Adalah lebih baik wujudnya Bertindak untuk bangun  berjuang bagi menegakkan integriti kepimpinan melayu yang sedang dilanda dengan pelbagai isu serta skandal yang mengaibkan maruah bangsa melayu itu  sendiri seperti amalan rasuah, moral dan salahguna kuasa.

5. NGO Bertindak juga jangan malu untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan melayu sangatkah mereka ini? Tulen sangatkah darah melayu yang ada dalam tubuh mereka? Ramai di kalangan jutaan rakyat negara ini yang telah bercampur darah Cina, India, Arab, Pakistan dan lain-lain kerana kita telah hidup bersama dengan harmoni di Malaysia lama sebelum dan selepas kemerdekaan.

6. Segala yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia mengenai hak warganegara tidak perlu dipertikaikan lagi. Kita perlu membina masa depan negara untuk Malaysia yang lebih baik. *AWAS NYALAAN API PERKAUMAN* untuk menyelamatkan kepimpinan melayu yang rosak moral dan korup.

#AmanahDemiNegara

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
27 April 2017

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa