Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 12, 2012

NFC: Sampai Bila Nak Berdalih?

NFC gesa dakwaan BAFIA ke atas Rafizi kekal

Oleh Md Izwan
September 12, 2012

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Pusat Fidlot Nasional (NFCorp) dalam satu kenyataan hari ini menafikan tuduhan oleh Rafizi Ramli ke atas pinjaman yang dibuat untuk membeli lot pejabat KL Eco City dan mahukan dakwaan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) kepada pengarah strategik PKR itu kekal.

Dalam kenyataan itu, pihak NFC menerangkan bahawa akaun pinjaman pada 2005 tersebut tidak melibatkan mereka kerana pinjaman peribadi itu diambil sebelum NFC ditubuhkan dan sebelum hartanah KL Eco City dirasmikan pada 2008.

Kenyataan Rafizi itu turut dikritik NFC kerana ia sengaja direka bagi menarik perhatian orang awam dan media walhal secara faktanya tidak tepat.

“Akaun deposit NFCorp bebas daripada sebarang bebanan dan tidak terdedah dengan sebarang risiko kerana ia tidak terlibat dengan pinjaman peribadi yang diambil pada 2005 dan 2008.

“Rafizi Ramli telah membuat cerita palsu untuk menarik perhatian media dan orang ramai. Dia menggunakan laporan kewangan bank untuk menunjukkan ia bersangkut-paut walaupun ia sebenarnya tidak berlaku,” menurut kenyataan oleh NFC.

Pertuduhan dibawah Akta BAFIA ke atas Rafizi menurut NFC lagi wajar dikekalkan memandangkan dia telah mendedahkan penyata baki bank akaun pendeposit, akaun pinjaman dan akaun peribadi pengerusi kepada umum.

NFC juga menegaskan pertuduhan mengikut akta tersebut sangat jelas dan perlu kekal, memandangkan BAFIA bertujuan untuk melindungi orang awam, pelabur dan sistem perbankan dan bank Malaysia.

Pada Isnin lalu, Rafizi mengemukakan permohonan untuk menggugurkan dakwaan ke atasnya di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana bukti-bukti bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atasnya berniat jahat dan pertuduhan terpilih.

Beliau telah didakwa berhubung kes pencabulan undang-undang BAFIA dengan mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,  menghadapi dua dakwaan kes pecah amanah dan dua kes melanggar Akta Syarikat membabitkan wang melebihi RM49 juta.

Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di Komplek One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat Livestock Corporation dari 5 Mei hingga 16 Nov 2009.

Dalam kedua-dua kes, Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC, didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

Perkara ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa