Giliran Isteri Muhyiddin pula tersenyum dan 'sayang abang!'
Najib Mungkin Lepaskan Jawatan Akhir Tahun Ini
Desas desus kini mula tersebar secara meluas mengenai Najib yang bakal meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan berikutan prestasi terburuk bn pada pru ke 13 baru2 ini.
Pada pru ke 13 yang lalu, bn menang tetapi dengan majoriti tipis. Bukan 2/3 dan ia sebenarnya mengulangi kembali prestasi buruk bn ketika paklah menjadi pm pada pru ke 12 pada tahun 2008.
Namun ketika pak lah menjadi pm sekurang2nya bn memenangi 140 dari 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Berbeza dengan Najib yang bukan sahaja mengulangi prestasi buruk bn dalam pru 2008 bahkan terburuk sekali dalam sejarah kewujudan bn itu sendiri di mana daripada memenangi 140 menurun kepada 133 kerusi pada pru 2013. Susut 7 kerusi.
Bukan itu sahaja. BN juga hilang undi popular buat pertama kali dalam masa 44 tahun. Najib di jangka akan terus di desak untuk meletak jawatan berikutan rekod buruknya dalam pru ke 13 pada pemilihan akhir tahun ini. Atau mungkin Najib akan berundur sebelum di undurkan.
Bloggers umno kini sudah mula menunjukkan tanda2 bahawa Najib harus di undurkan bagi memberikan laluan kepada Muhyiddin Yasin yang dilihat lebih bersih dari imej Najib. Sekurang2nya isteri Muhyiddin lebih sopan dan bebas dari sebarang skandal yang akan mengurangkan serangan peribadi ke atasnya.
Laporan reuters di bawah ada menyebut bahawa Najib harus memikul tanggungjawab atas prestasi terburuk umno dan bn dalam sejarah pilihanraya. Mahathir juga dipetik pernah berkata dalam media perdana dia tidak menyangka bahawa prestasi Najib lebih teruk daripada paklah.
Tahun lalu dalam sesi temubual bersama reuters Mahathir menyebut Najib harus memperbaiki prestasi bn atau bersedia menghadapi sebarang risiko yang akan menggugat kedudukan Najib dalam Umno.
Tadak maklumat pula akhbar mana......
Kah kah kah...
ReplyDeleteKak ros setuju ke kalau laki dia letak jawatan???
Kah kah kah...