Kerana mereka bijaklah mereka tak tertipu
Mereka melepaskan diri dari ditipu dengan temberang politik
Mereka cuba membebaskan diri dari beban ekonomi yang akan dihempapkan ke bahu rakyat selepas Kerajaan berboros sakan berbelanja untuk pancing undi
Mereka sudah jangka, kalau BN menang beban ekonomi akan ditanggung rakyat!
Bila gagal menipu dan memancing undi Cina, dikatakan Cina keliru
Manusia keliru adalah manusia bodoh
Keputusan PRU kali ini menunjukkan mereka tidak bodoh
Sepertimana bodohnya Melayu!
Kononnya tampa UMNO rakyat mampos
Tanpa UMNO Melayu pupus!
Zaman belum merdeka bukan UMNO pun yang memerintah
Pupuskah Melayu?
Rasanya Melayu yang ada hari ini bukannya dari Baka Melayu Baru
Tapi yang dulu juga, Melayu dari sebelum UMNO dan BN wujud........
TERKINI @ 04:26:58 PM 08-05-2013
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 08, 2013
PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 08, 2013
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Masyarakat Cina dikelirukan sehingga memikirkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan menamatkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kata ahli politik kanan Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyertai rakan-rakannya menggambarkan keputusan pada Ahad sebagai “tsunami Cina”.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan tsunami yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah benar, kerana jelas dari keputusan pilihan raya, masyarakat Cina “mengundi mengikut garis kaum”.
“Mari kita bercakap dengan fakta. Sangat jelas mereka mengundi mengikut garis kaum. Saya tidak akan meminta maaf tentang fakta ini.
"Apa yang ingin saya katakan adalah mereka dikelirukan, ramai diantara pengundi kali pertama ini sangat naïf... memikirkan mereka boleh menjatuhkan BN dan memikirkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera boleh dimansuhkan," kata beliau kepada The Malaysian Insider melalui telefon semalam.
Menurut Nazri, ini tidak akan berlaku kerana orang Melayu dalam PAS atau PKR tidak berani untuk meminda Perlembagaan untuk tujuan ini.
Beliau berkata walaupun mendakwa dirinya sebagai pemimpin liberal dan mempercayai keadilan untuk semua, pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berani untuk menjadi "perdana menteri yang menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
"Cuba tanya dia dan lihat. Tiada siapa dari mereka yang berani melakukan ini. Jadi masyarakat Cina telah dikelirukan. Di sini mereka silap," katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa