Najib dan Pemimpin BN pun mengungkitkan perkara yang sama
Jadi apo nak dikato
Pemimpin kencing berdiri
Pengikut kencing berlari!
Jadi jangan disalahkan anak kalau pun menjadi hantu..... Percayalah.... Selepas ini mereka akan lebih kurang hajar!
Kesatuan wartawan kecewa, cela Utusan
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) hari ini meluahkan perasaan kecewa dan mencela Utusan Malaysia kerana memuatkan laporan berhubung sokongan Cina dalam pilihan raya umum yang disifatkan provokatif dan memesongkan pembaca.
Dalam kenyataannya hari ini, sekretariat kesatuan itu berkata, akhbar Umno itu tidak harus menyiarkan laporan sebegitu, yang disifatkan perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum.
NUJM merujuk kepada laporan muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.
"Sebagai sebuah akhbar Melayu arus perdana,Utusan Malaysiatidak harusnya memainkan isu perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum," menurut kenyataan itu.
"Seperti yang kita semua tahu, Umno yang manipulasikan Utusan Malaysia di belakang tabir."
"Tapi ia bukannya akhbar parti yang hanya kepada ahli-ahli Umno, ia tidak patut dipergunakan sebagai senjata atau bahan propaganda parti politik untuk menyerang lawan politik."
NUJM juga berkata, Utusan menyembunyikan agenda di sebaliknya dan tidak menjunjung etika kewartawanan serta tidak neutral melaporkan isu berkenaan.
Sementara itu, menyentuh julukan "tsunami Cina" kepada pengundi Tiong Hua, badan wartawan itu berkata ia tidak tepat dan Utusanseolah mengungkit ketegangan dan menimbulkan kecurigaan serta mendalamkan salah faham kaum.
"Media sebagai alat komunikasi, harus menegakkan dan memartabatkan etika kewartawanan, melaporkan kebenaran, dan bukannya memainkan isu perkauman," kata NUJM lagi.
Najib pertahan Utusan
Sementara itu, Utusan Online petang ini melaporkan perdana menteri sebagai mempertahankan versi cetaknya yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.
Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar tersebut tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.
"Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online di di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa