Pada saya perkara ini tidaklah memeranjatkan dan tidak pula menjadi isu besar
Cerita sorong tarik ni biasa berlaku di Negaraku bernama Malaysia ni
PI Bala lagi hebat dengan sorong tarik affidavit - lagilah serius sebenarnya
Dia ni hanya menarik balik kenyataan.....apa ada hal?
Bapa Saiful Bukhari tarik balik kenyataan liwat
01/05/2013 2:54pm
KAJANG - Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim menarik semula kenyataan yang menyatakan anaknya telah dipergunakan pihak tertentu untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pada tahun 2008.
Menurut Azlan, kes liwat melibatkan Saiful dan ketua pembangkang itu benar-benar berlaku dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.
"Kenyataan saya pada hari ini adalah secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak kerana saya sudah sedar akan kesilapan saya.
"Sebelum ini saya mungkin termakan hasutan daripada kawan-kawan sehingga tergamak mengkhianati Saiful dan keluarga.
"Dengan kenyataan ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa