Beranikah SPR bantah?
Kalau mengikut Musa Hassan, dalam Jabatan Polis pun ada 'tangan hantu' yang campur
Jumaat Mei 3, 2013
SPR Tiada Agenda Menangkan Sesiapa - Pengerusi SPR
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan surat berisi kertas undi pos bagi P.122 Parlimen Seputeh dari Dublin, Ireland pada majlis penerimaan balik kertas undi pos luar negara di Kementerian Luar di Putrajaya pada Khamis
-Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusofmenegaskan bahawa suruhanjaya itu tiada sebarang agenda untuk menipu bagi memenangkan pihak tertentu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Abdul Aziz yang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), berkata kemenangan dan kekalahan seseorang calon serta parti politik bukanlah kerana SPR tetapi kerana pengundi tidak memilih.
"Apa yang kita buat adalah mengikut aturan dan undang-undang. Kita (SPR) telah adakan 12 kali pilihan raya. Tidak ada langsung agenda SPR untuk menipu bagi memenangkan seseorang," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.
Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR Tian Chua bahawa SPR dan BN mempunyai agenda melakukan penipuan dalam pilihan raya kali ini.
Sementara itu bagi memastikan tiada sebarang kecelaruan pada hari mengundi, beliau berharap tiada sesiapa yang cuba mencampuri urusan petugas SPR dan calon serta pemerhati tidak boleh mengatasi tugas ketua tempat mengundi.
"Mana-mana ejen tidak boleh bawa masuk komputer. Ejen jangan nak jadi ketua tempat mengundi. Ketua tempat mengundi pula jangan ikut arahan ejen parti. Mereka hanya pemerhati," katanya.
Abdul Aziz berkata bagi menghadapi masalah teknikal seperti gangguan elektrik dan telefon, pihaknya telahpun berhubung dengan Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.
Ketika ditanya mengenai isu dakwat kekal, Abdul Aziz berkata beliau tidak menyalahkan pegawai SPR yang bertugas kerana kejadian itu hanya kesilapan kecil untuk cubaan kali pertama.
"Ia (dakwat) tidak akan tanggal jika digunakan dengan betul. Kami tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Saya yakin ia kekal di jari. Saya berharap tidak jadi isu, harap semuanya sempurna tetapi realitinya kami tidak dapat mencapai kesempurnaan," katanya. - mStar
Ok lah orang ramai boleh terima secara lojik akal penjelasan Pengerusi SPR ini ,bagaimana pula segala apa yang telah dibangkitkan itu dapat diatasi tanpa boleh dipersoalakan lagi dengan ketempangan perilaku pengerusi itu sendiri , contoh hari ini cakap lain besok cakap lain pula , macam baru berlaku dua hari yang lepas dimana kotak-kotak persiapan undi cuba dibawa keluar dari lokap balai polis ,apakah SPR tidak ketahui perkara ini akan berlaku,mustahil RO hendak gunapakai kuasa dia walhal RO hanya akan terima arahan dari pehak atasan dia sahaja,apakah ada lagi seorang pengerusi SPR yang boleh mengeluarkan arahan untuk melakukan sesuatu selepas kertas undi disimpan dilokap polis, dan polis pula adakah semudah peraturan untuk membenarkan seseorang untuk memasuki lokap bagi mengeluarkan sesuatu yang telah digezetkan sebagai bahan terkawal dibawah kawal ketat polis?.Inilah yang orang ramai persoalakan,Pengerusi SPR bercakap telus dan tidak memihak kepartian tapi inilah yang sedang berlaku sekarang ,jadi dimanakah letaknya intergiti sebuah badan yang dianggap bebas oleh undang-undang yang kita seniri gubal, ingatlah menipu tidak akan kekal Allah bersama orang-orang yang dizalimi.
ReplyDelete"Ia (dakwat) tidak akan tanggal jika digunakan dengan betul. Kami tidak pernah menggunakannya sebelum ini.
ReplyDeletebukankah dia ni pernah kata depa dah wat simulasi untuk undi, setiap pengundi amik masa tak lebih 3min setiap sorang? dah tu, statement apa pulak kat atas tu?
kalau PR menang sok, gua tuang jugak dakwat ni kat muka mamat ni. tengok kekal tak kekal! hamlau!!