Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 4, 2013

Aku Takut Mati!

Inilah sebab aku tidak mahu ikut serta Projek Everest 87 - Projek Everest pertama anjuran Kerajaan Malaysia.

Aku takut mati ketika mendaki sebab:
Pada masa itu tambang untuk menunaikan Fardhu Haji hanya RM6,000.00 sahaja Sedangkan perbelanjaan untuk persediaan latihan dan sebagainya ditanggung sendiri sebanyak RM5,000.00
Jadi kalau aku tambah RM1,000.00 lagi aku sudah boleh menunaikan Fardhu Haji. 

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia Dan Sukan hanya menanggung perbelanjaan pendakian sebenar termasuk bayaran tempahan pendakian dan sebagainya

Jadi kalau aku mati di sana sebelum menunaikan Fardhu Haji, apa akan aku jawab bila ditanya Allah nanti?
Everest aku sanggup daki dengan belanja RM5,000.00 tetapi menunaikan Fardhu Haji dengan perbelanjaan RM6,000.00 aku tak buat!
Itulah faktor yang membuatkan aku takut sebenarnya.
Tapi sekiranya aku sudah tunaikan semua Rukun Islam, pastinya aku tidak takut untuk mati di mana-mana saja!

Seorang pendaki Everest Malaysia meninggal dunia – Misi Mendaki Perbadanan Putrajaya
PUTRAJAYA: Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness)
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.everest 2
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.
Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.
 Sumber Berita Harian
gunung everest
Mabuk gunung merupakan ketidakselesaan badan yang berlaku di ketinggian 2400 meter dari paras laut dan ke atas yang disebabkan oleh kekurangan oksigen akibat penurunan tekanan udara.
Gejala-gejala yang akan berlaku adalah seperti berikut:
Pening
Mual sampai muntah
Napas tersengal-sengal semasa melakukan aktiviti fizikal
Penat atau Letih
Hilang selera makan
Malas hendak bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain
Sumber Wikipedia: The percentage of oxygen in air, at 21%, remains almost unchanged up to 21,000 metres (69,000 ft).[6] The RMS velocities of diatomic nitrogen and oxygen are very similar and thus no change occurs in the ratio of oxygen to nitrogen. However, it is the air density itself, the number of molecules (of both oxygen and nitrogen) per given volume, which drops as altitude increases. Consequently, the available amount of oxygen to sustain mental and physical alertness decreases with altitude.
Dehydration due to the higher rate of water vapor lost from the lungs at higher altitudes may contribute to the symptoms of altitude sickness.
The rate of ascent, altitude attained, amount of physical activity at high altitude, as well as individual susceptibility, are contributing factors to the onset and severity of high-altitude illness.
Altitude sickness usually occurs following a rapid ascent and can usually be prevented by ascending slowly.[4] In most of these cases, the symptoms are temporary and usually abate as altitude acclimatisation occurs. However, in extreme cases, altitude sickness can be fatal. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa