Sivakumar: Pemilihan speaker DUN Perak langgar peraturan
Bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar mendakwa, pemilihan ke jawatan itu hari ini melanggarkan peraturan apabila anggota dewan (ADUN) diwajibkan menulis nama pada kertas undi.
Timbalan pengerusi DAP Perak itu juga berkata, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 4(4), Pemilihan Speaker Dewan Rakyat menetapkan ADUN hanya perlu menandatangani kertas undi.
"Ini adalah satu penyelewengan kuasa dan bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Tindakan ini juga bertentangan dengan prinsip 'undi itu rahsia' yang sepatutnya ditegakkan untuk menjamin demokrasi berparlimen," kata Sivakumar (kanan).
Ketika pengundian hari ini, setiausaha dewan mewajibkan ADUN menulis nama pada kertas undi.
Ruangan nama juga disediakan pada kertas undi, kata Sivakumar.
Dua orang dicalonkan untuk jawatan sebagai Speaker di DUN Perak hari ini.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa