Hakikatnya dia takut menghadapi pertandingan sebab Ku Li telah buktikan betapa peritnya Mahathir ketika itu
Tapi siapakah yang mengharamkan UMNO lama langsung mewujudkan perpecahan?
`Masa Mahathir tidak sama dengan Najib’
Muda Mohd. Noor | June 18, 2013
Kenyataan pemimpin tertentu supaya jawatan Presiden Umno tidak ditandingi bererti memperlekehkan Datuk Seri Najib, kata bekas Ketua Penerangan Umno Perlis
PETALING JAYA: Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dicabar dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Datuk Hashim Suboh berkata, kenyataan bekas Presiden Umno itu sebagai tidak kena, kerana masa Dr Mahathir tidak sama dengan era tranformasi Najib.
“Dr Mahathir tidak boleh kata jika ada pertandingan Umno akan berpecah kerana Umno zaman Najib tidak sama dengan zaman dia (Dr Mahathir),” katanya.
Hashim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Dr Mahathir bahawa Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak dicabar dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Pada pemilihan Umno tahun 1987, Dr Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah bagi jawatan Presiden Umno, manakala Tun Musa Hitam mencabar Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.
Tengku Razaleigh, bagaimanapun kalah kepada Dr Mahathir dan beliau membawa kes itu ke mahkamah menyebabkan Umno diharamkan.
Umno Baru dan Semangat 46
Dr Mahathir menubuhkan Umno Baru, manakala Tengku Razaleigh mewujudkan Parti Melayu Semangat 46.
Bagaimanapun, Hashim meminta menteri dan ahli majlis tertinggi Umno tidak mengeluarkan kenyataan seperti Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Hashim meminta menteri dan ahli majlis tertinggi Umno tidak mengeluarkan kenyataan seperti Dr Mahathir.
“Jangan memperlekehkan Datuk Seri Najib, seolah-olah dia pemimpin yang tidak ada wibawa dan boleh dicabar bila-bila masa,” kata Hashim lagi.
Hashim juga mendakwa, kenyataan bahawa pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno akan membawa perpecahan kepada parti adalah satu perkara yang subjektif.
Katanya, perpecahan akan berlaku kerana mereka yang kalah ditinggal dan dicantas oleh pihak yang menang.
“Yang kalah, yang ada pengaruh antara 35% dan 40% itu akan bangkit dan bertindak balas,” tambahnya.
Menurut Hashim, biarlah ahli Umno di peringkat bawah yang memilih pemimpin dan bukan anggota majlis tertinggi dan menteri kabinet cuba menpengaruhi mereka mengikut selera tertentu
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa