Apakah perkara yang nak disembunyikan?
Musa Aman elak soalan isytihar harta
KOTA KINABAL, 28 JUN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengelak menjawab soalan Adun Pakatan Rakyat Sabah berhubung amalan mengisytiharkan harta.
Soalan tersebut antara diajukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun lalu sempena mesyuarat pertama penggal pertama DUN Sabah ke-14.
Musa dalam jawapannya memberi alasan semua Exco kerajaan negeri mengisytihar harta kepadanya dan tidak menjawab soalan lain melibatkan beliau.
“Pengisytiharan ini penting bagi memastikan tiada berlakunya salah guna kuasa dan rasuah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang yang juga Penasihat DAP negeri, Dr Hiew King Cheu.
Kata Dr Hiew, amalan mengisytihar harta bagi mengelakkan Ahli Dewan Undangan Negeri ‘menjadi orang kaya segera’ sepanjang menjawat jawatan.
“Perlembagaan negeri tidak membenarkan mereka yang memegang jawatan penting memperoleh pendapatan dari sumber mencurigakan.
“Di Pulau Pinang, Kabinet Pakatan Rakyat sudah membuat perisytiharan secara terbuka dan mendapat liputan meluas dalam media,” katanya.
Pada 13 Disember 2012, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan Musa terlibat dalam pengubahan wang haram seperti dinyatakan Naib Pengerusi panel Penyelia Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong, James To
Bagaimana dengan LimGuan Eng?
ReplyDeleteKenapa dia mengambil 4 TAHUN untuk "declare assets?
Telus namanya??
rainbowoftruth.blogspot
globalresearch.ca