Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 27, 2013

Cadangan EO Dilaksanakan Semula: Adalah Akibat Dari Gagal Mengenal 'Sebab' Dan 'Masalah'

Yang mencadangkan 'EO' dilaksanakan semula samalah membuat u-turn ke zaman rimba
Orang-orang yang mencadangkan ini adalah terdiri dari golongan yang mempunyai 'penyakit takut' yang hanya dia saja yang tahu sebabnya

Masalah sebenarnya bukanlah 'EO' itu sendiri tetapi yanng tindakan dan penguatkuasaanya yang disalah gunakan!

SUHAKAM tolak Ordinan Darurat dilaksanakan semula, gesa polis dipulihkan
OLEH MD IZWAN
JUNE 27, 2013
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menolak gesaan supaya Ordinan Darurat (EO) dilaksanakan semula bertujuan untuk menangani peningkatan kadar jenayah, sebaliknya mencadangkan supaya pasukan polis dipulihkan.
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata cadangan tersebut merupakan satu langkah retrogresif (mundur) kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan dan prinsip asas hak asasi manusia, khususnya Artikel 8(1) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 7 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
"Pelaksanaan semula EO merupakan satu langkah retrogresif.
"Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan samarata di sisi undang-undang," kata Hasmy dalam satu kenyataan media hari ini.
The Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan pendedahan kenyataan seorang pegawai tertinggi dalam pasukan polis mengatakan tugasan untuk memerangi jenayah terganggu kerana undang-undang pencegahan telah dimansuhkan.
Susulan laporan tersebut, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membidas pasukan polis dan menggesa mereka daripada berhenti memberi alasan pemansuhan Akta Darurat pada 2011 sebagai punca peningkatan jenayah di dalam negara tetapi sebaliknya menyifatkan punca sebenar adalah salah guna sumber pihak berkuasa.
Menurut Hasmy lagi, langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011 tersebut wajar dihormati sekiranya mahu demokrasi di dalam negara berfungsi sepenuhnya serta selari dengan matlamat negara yang mahu mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
"Kerajaan atas inisiatif Perdana Menteri berkenaan penggubalan undang-undang selaras dengan keperluan masyarakat kontemporari merupakan satu kemenangan bagi pejuang-pejuang hak asasi manusia – yang mana kita semua adalah atau seharusnya menjadi seperti itu sebagai rakyat kepada sebuah negara yang berhasrat mencapai demokrasi yang berfungsi sepenuhnya.
"Oleh itu, kita haruslah menyokong keputusan berkenaan ke arah mencapai taraf negara-negara maju," terangnya lagi.
Hasmy juga berkata kadar jenayah boleh diperangi oleh undang-undang sedia ada dimana suspek penjenayah boleh didakwa menerusi proses yang sah, disamping pasukan polis dipulihkan dengan beberapa penambahbaikan.
"SUHAKAM berpandangan bahawa dakwaan kesalahan jenayah boleh ditangani oleh undang-undang keseksaan termasuk Kanun Keseksaan yang membenarkan suspek penjenayah didakwa menerusi pembicaraan awam yang adil di mahkamah.
"SUHAKAM juga berpandangan bahawa pihak berkuasa perlu meningkatkan keberkesanan mekanisme siasatan, pencegahan dan pemantauan jenayah, serta program pemulihan untuk bekas tahanan," kata beliau lagi.
Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah  jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus.
Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun  lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.
Kes terbaru yang mendapat perhatian awam adalah tentang pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52  tahun Irene Ong di Bukit Gasing pada April lalu yang mengundang rasa marah dan sedih ke atas pemergian wanita tersebut.
Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu  persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.
MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta  kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.
Pihak polis walau bagaimanapun menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara. - 27 Jun, 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa