Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 22, 2013

Black 505: Orang Asal Pun Ikut Sama

Kami turun bukan untuk huru hara – Orang Asal
Muhammad Faeez Azahar22 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 Orang Asal dari Tapah turut hadir dalam himpunan aman Black 505 di Padang Merbok bagi membantah penipuan Pilihan raya Umum ke-13 lalu.

Mereka telah disekat untuk keluar mengundi dan diberi rasuah kepada Orang Asal.

Nama mereka juga tiada dalam senarai pengundi.

"Kami turun bukan untuk huru hara tetapi untuk menuntut hak mereka.

“Hak kami telah dinafikan, kami datang untuk mengundi tetapi disekat. Kami bukan nak membunuh," kata Bahilit, 50, seorang wakil Orang Asal ketika berucap di hadapan Dataran Merdeka.

Mereka kesal kerana BN meminggirkan mereka sedangkan mereka berasal dari negara ini daripada generasi nenek moyang mereka.

1 comment:

  1. Laaaa.....ingatkan 27 juta rakyat Malaysia nak turun padang, tadi.

    Terlepas lah PELUANG keemasan brader Anwar Ibrahim untuk jadi P.M. (de facto).

    salam semua ya. Jangan marah.Selamat membaca.

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/foreign-agencies-orchestrate-events.html

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa