Pembaca Bantah Kajian Dakwa KL Bandaraya Ke-6 Bahaya Di Dunia
Oleh RASHVINJEET S.BEDI
PETALING JAYA: Kuala Lumpur adalah bandaraya keenam paling berbahaya di dunia, demikian jika pembaca mempercayai kajian yang dipaparkan dalam laman web10awesome.com.
Bagaimanapun rakyat Malaysia yang berkongsi hasil kajian berkenaan di Facebook dan Twitter mempersoalkan kredibili lawan web berkenaan.
Ada diantara mereka yang bersetuju manakala yang lainnya menolak hasil kajian itu.
Menerusi posting bertajuk '10 Bandaraya Berbahaya di Dunia', San Pedro Sula, Honduras disenaraikan sebagai bandar yang paling berbahaya diikuti dengan Ciudad Huarez di Mexico, Maceio di Brazil, Acapulco di Mexico dan Sharm el Sheikh di Mesir.
"Pada masa ini, ibu negera ini (Kuala Lumpur) dikatakan salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia. Kadar jenayah meningkat sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu," demikian menurut kenyataan laman web itu.
Bagaimanapun penulis yang hanya dikenali sebagai Deaa tidak menyatakan maklumat lain sebagai sokongan terhadap dakwaan berkenaan.
Namun demikian ramai rakyat Malaysia mempersoalkan peratusan yang dinyatakan penulis itu.
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hasbullah Idris berkata senarai itu adalah "lucu" terutama kerana ia datang daripada laman web yang agak "terkenal".
Pengguna lain, Patrick Roger berkata, senarai itu seolah-olah telah ditulis oleh kanak-kanak berusia 12 tahun kerana mendakwa Kuala Lumpur sebagai lebih berbahaya berbanding Johannesburg di Afrika Selatan yang hanya menduduki tangga ketujuh dalam senarai itu.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa