Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 28, 2013

'Pekung' KDN Dan KPN Hakim Terkorban?

Itu kata MIClah - baca di sini
Cerita dalam kelambu ni sebenarnya tak siapa boleh cerita - jarang yang tahu
MIC tak apalah sebab menjadi satu kerabat di dalam BN dan mungkin mereka tahu

KDN dan KPN terkunci kerana ada “pekung sendiri” kata Kit Siang
JUNE 28, 2013

Pasukan keselamatan negara kini dilanda "jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, ekoran kredibiliti dan kewibawaan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tercalar, kata Lim Kit Siang (gambar).
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.
"Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara perkara yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP itu adalah tindakan dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak."Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah," katanya.
Selain itu, penghakiman pada Rabu, yang menyaksikan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan yang mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di balai polis Taipan pada 20 Januari 2009.
Sejarah dalam bidang kehakiman jelasnya tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.
Keputusan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006 juga jelasnya mencalar imej Zahid.
"Rakyat mahu tahu sama ada Najib akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.
"Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.
"Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009," kata Lim. - 28 Jun, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa