Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 19, 2013

Tak Persan Pulak Yang Najib Jadi Ahli Silap Mata!

MP DAP fail petisyen batalkan pelantikan 2 menteri, 3 timbalan menteri

JUNE 19, 2013
Ahli Parlimen (MP) DAP M. Kulasegaran memfailkan petisyen hari ini untuk membatalkan pelantikan dua menteri dan tiga orang timbalan menteri Kabinet, mengatakan ianya tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kulasegaran menamakan dua menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low, timbalan menteri P. Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Basha Md Hanipa sebagai responden.

"Perlu pematuhan ketat kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, mereka mesti menjadi ahli salah satu daripada Dewan, bermaksud mereka mesti telah dipilih sebagai ahli Parlimen atau mengangkat sumpah sebagai senator sebelum mereka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

"Oleh itu semua emolumen, keistimewaan dan kelebihan kewangan lain diperolehi oleh responden mesti dibayar balik oleh setiap daripada mereka kepada kerajaan dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah itu dibuat oleh mahkamah," kata Kulasegaran kepada pemberita di Putrajaya hari ini. -19 Jun, 2013. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa