Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 25, 2013

Dahlah Tak Ngaku Silap, Banyak Mulut Pulak!

Dah sendiri jadikan diri tu kambing, kenapa marah?

Wan Ahmad: SPR jadi ‘kambing hitam’ kerana Pakatan takut salahkan rakyat
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JUNE 25, 2013
Pakatan Rakyat (PR) takut menyalahkan rakyat dengan keputusan Pilihan Raya 2013 yang tidak memihak kepada mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyebabkan mereka menjadikan pengendali pilihan raya itu sebagai "kambing hitam" dan mangsa untuk melepaskan kemarahan.
Wan Ahmad menegaskan, rasa marah yang timbul oleh kepimpinan PR itu kemudiannya disalurkan kepada penyokong mereka yang tidak mengerti akan undang-undang dan seterusnya meluahkan rasa marah dengan membantah keputusan pilihan raya di jalanan dan terbaru demonstrasi di hadapan Parlimen semalam.
"Generasi muda tidak faham ... bila timbul emosi dan sudah pasti terbit rasa marah, dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan SPR, serta menjadikan SPR sebagai kambing hitam," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider.
Demonstrasi yang bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir tiga jam kemudian itu menunutut agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad meletakkan jawatan ekoran dakwaan wujudnya kecurangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.Semalam, sekumpulan lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan demonstrasi di perkarangan pintu masuk Parlimen sempena upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen bagi Sidang Dewan Rakyat ke-13.
Demonstrasi semalam turut menyaksikan beberapa  aktivis seperti Adam Adli Abdul Halim, Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang, dan juga Shukri Razab.
"Tindakan mereka (demonstrasi) tak masuk akal .. kita buat kerja betul, ikut undang-undang," katanya lagi.
Beliau turut berkata tindakan demonstrasi dan himpunan dilaksanakan PR juga seperti mempunyai agenda tersembunyi, yang mana SPR telah melaksanakan tugas dengan betul ketika pilihan raya.
"Kami telah jalankan tugas dengan baik semasa pilihan raya. Ada negeri yang telah angkat sumpah di Dewan Negeri, dan semalam upacara mengangkat sumpah di Parlimen ... ini sudah pasti ada agenda lain.
"Tapi saya tidak tahulah apa agenda mereka," katanya.
Wan Ahmad menegaskan PR menjangkakan akan memenangi Pilihan Raya 2013, namun apabila itu tidak berlaku, SPR menjadi sasaran mudah dan disalahkan.
"Mereka tewas kepada Barisan Nasional (BN) mereka rasa marah, nak kata rakyat tidak memilih, mereka takut ... jadi jalan mudah adalah menyalahkan pengendali pilihan raya," katanya.
Ditanya respon terhadap gesaan untuk pengerusi dan dirinya meletakkan jawatan, Wan Ahmad menegaskan peserta demonstrasi itu menuntut perkara yang bercanggah dengan sistem perundangan dan Perlembagaan, dan bukan keperluan untuk mereka melayani permintaan tersebut.
"Mereka dipengaruhi tuduhan-tuduhan tidak berasas, kemudian rasa marah dan duduk di tepi jalan ... itu kerja sia-sia," katanya lagi, dan menambah pemimpin PR perlu menunggu keputsan petisyen sebelum membuat dakwaan-dakwaan terhadap pengendali pilihan raya itu.
Wan Ahmad dan Abdul Aziz telah menerima kritikan keras selepas keputusan pilihan raya diumumkan apabila PR mendakwa badan pengendali itu tidak telus dalam menjalankan tugas mereka yang menyaksikan PR memenangi 89 kerusi parlimen, manakala baki 133 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen menjadi milik BN.
"Segala tohmahan dan penipuan termasuk fitnah yang dibuat terhadap SPR ataupun secara peribadi, itu balasannya di akhirat nanti.
"Bagi saya, kami telah menjalankan tugas dengan betul mengikut undang-undang," katanya lagi. - 25 Jun, 2013

1 comment:

  1. lagi nak menjawap si tua kutuk nih!
    semalam kau kata x maafkan org yg pijak pic lu tu!..lu x tau pulak berapa juta rakyat yg dok sumpah seranah lu hari2..lu kata tunggu balasan akhirat..."MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA"...kredit utk ali baba bjang lapok...teori dadu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa