Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 19, 2013

Pertempuran Baru Di Lahad Datu?

Siapa yang mengarut ni?
Kalau berita dari Filipina dan kenyataan dari Kiram, memang tak boleh percaya
Penafian dari pihak kita pula kekadang tu payah juga nak diterima
Sebabnya kalau ditilik daripada apa yang berlaku lepas-lepas, berita kita tidak telus
Apa pun rakyat boleh pakai logik akal
Takkanlah berlaku pertempuran sebesar itu (dengan 400 orang penceroboh) akhbar atau media negara lain juga diam?
Orang-Orang Sabah pula takkan tak tahu?

Pada pendapat aku Keluarga Kiram hanya mengarut dan melalut
Saja nak panaskan isu supaya tidak terpadam ditelan waktu!
Lahad Datu: Tiada Pertempuran Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu
KOTA KINABALU: Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.
"Tiada insiden seperti itu berlaku.
"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.
Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.
Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.
Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.
Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.
Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia

1 comment:

  1. Menakutkan aje.. mungkin isu gadis 14 tahun ini nak dijadikan isu tapi tak menjadi sebab budak tu dapat lari..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa