Syed Hamid: Umno pemimpin BN
Bekas menteri kabinet itu berkata ahli bebas bercakap dalam perhimpunan agung Umno
Bahagian 2 dari 3 bahagian
PETALING JAYA: Umno adalah pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan kerana itu perlu memberi contoh yang baik, kata Tan Sri Syed Hamid Albar.
Bekas menteri kabinet itu antaranya ahli bebas bercakap dalam perhimpunan agung Umno.
“Biarkan orang (ahli Umno) bercakap,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu.
Bekas Menteri Dalam Negeri itu kini dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kira-kira setahun selepas meninggalkan kabinet pada bulan Mac 2009.
Umno akan mengadakan pemilihan jawatan akhir tahun ini.
Syed Hamid menegaskan ahli akar umbi perlu menentukan sama ada jawatan Presiden Umno yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Umno yang dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ditanding dalam pemilihan parti akhir tahun ini.
“Cadangan ini perlu datang dari bawah dan bukannya dari atas, biar akar umbi yang buat supaya tidak ada rungutan.
“Saya tidak mahu, rumah siap, pahat berbunyi,” kata beliau lagi.
`Menyerang tidak boleh bertahan’
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencadangkan supaya kedua-dua jawatan itu tidak ditandingi.
Syed Hamid berkata persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 perlu dibuat dari sekarang.
Beliau tertanya-tanya, pembangkang yang sering bergaduh sesama sendiri boleh memenangi 89 kerusi parlimen dalama pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Katanya, Umno menang majoriti dua kerusi sahaja di Terengganu dan kalah di Kelantan.
“(Kita) mesti menyerang tidak boleh bertahan. Kita mesti tunjukkan kita keras, jangan kita lembut.
“Berita-berita yang disiarkan mesti ke depan, kita mesti kuatkan perkara ini. Dulu kita menang 140 kerusi parlimen tetapi kini 133 kerusi.
“Tetapi ini saya anggap majoriti yang selesa,” tambahnya.
Berani laksanakan undang-undang
Bagaimanapun, Ketua Umno bahagian Kota Tinggi itu menambah, beliau tidak mahu melihat Umno menjadi sejarah.
Dalam pertemuan tersebut, Syed Hamid juga berkata, kerajaan mesti berani melaksanakan undang-undang supaya dihormati rakyat.
Menurutnya, jika undang-undang tegas, rakyat suka, mereka merasa terlindung dan selamat, rakyat akan memberi kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan.
Beliau juga berkata, cadangan untuk mendaftarkan blogger tidak praktikal serta menimbulkan kemarahan orang muda.
“China tidak boleh menyekat seluruhnya kandungan internet, elok negara kita tidak ikut Singapura. Akta kita sudah cukup, cuma perlu penguatkuasaan saja,” tambahnya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek mengumumkan cadangan untuk mendaftarkan blogger di seluruh negara.
Mengenai kontrak sosial, Syed Hamid berkata, apa yang ada hari ini tidak boleh ditulis semula. Sebagai contoh, bahasa Melayu bukan untuk orang Melayu saja tetapi seluruh rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa