Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 19, 2013

Perjanjian Cekik Darah Rakyat?

Terima kasih banyak Kerajaan BN
Tahniah Pengundi BN!

Hal ini lebih penting pada rakyat dari berita Pengarah raba artis
Berita Era Fazira tak sebut UAI.....

Pakatan gesa wujudkan PSC bagi TPPA
JUNE 18, 2013
Pakatan Rakyat (PR) menggesa agar sebuah Jawatankusa khas Pilihan Parlimen (PSC) diwujudkan bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ekoran masih wujud rasa tidak berpuas hati  TPPA itu tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) , ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, bersama dengan Azrul Azwar Tajuddin dari Institut rakyat berkata PSC mengenai TPPA itu perlu ditubuhkan segera.
"Kami amat prihatin mengenai keperluan untuk berahsia seiring dengan rangka kerja dwi-partisan sebegini, dan akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai penjaga amanah rakyat," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.
"Banyak isu-isu telah diusul semasa perbincangan, yang terdiri daripada isu kawalan kerajaan ke atas pasaran kewangan, penyelesaian pertikaian antara pelabur-kerajaan (ISDS), harga farmaseutikal dan perubatan, serta kebimbangan umum terhadap kurangnya ketelusan dan maklumat tentang teks rundingan TPPA," kata mereka merujuk kepada perbincangan dengan wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diketuai oleh Datuk Rebecca Sta Maria, KSU Kementerian serta salah seorang perunding utama bagi TPPA, Encik J. Jaya Siri.Mereka turut membangkitkan rangka kerja undang-undang TPPA yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan.
Antara kebimbangan yang dibangkitkan mereka adalah analisa Kos-Faedah (CBA) pada TPPA, Kawalan Kewangan dan Kebebasan, dan Kos Kesihatan.
"MITI mengakui kewujudan kertas CBA dibentangkan kepada Kabinet pada tahun 2010, iaitu laporan 2010 United Nations Development Programme (UNDP) yang atas arahan Kerajaan Malaysia.
"Dalam perkembangan yang sedikit positif, kami telah dijanjikan sesalinan laporan tersebut dalam masa dua minggu tanpa disertakan maklumat rundingan," kata mereka lagi.
Mereka turut menyatakan kebimbangan masa yang semakin suntuk memandangkan pusingan dan rundingan TPPA seterusnya akan diadakan pada Julai 2013 dan pernyataan muktamad dijangka berakhir pada Oktober 2013.
"Kami memuji MITI kerana menganjurkan mesyuarat ini dan kerana berjanji memberikan salinan laporan UNDP yang ditapis dalam masa dua minggu lagi.
"Walau bagaimanapun, kami tetap komited untuk memperjuangkan ketelusan dan penglibatan awam yang lebih tinggi semua aspek TPPA tersebut. Demi kepentingan umum masyarakat," kata kenyataan berkenaan.
"Kami juga mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa amanah rakyat adalah tertumpu pada pendedahan yang telus dan bertanggungjawab."
Berita berkaitan TPP: Apa kerajaan sorok?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa