Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 26, 2013

‘Ghani telah malukan Umno Johor’

Muda Mohd. Noor | June 25, 2013

Bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, bekas Menteri Besar Johor itu tidak perlu bertanding melawan tokoh DAP, Lim Kit Siang dalam PRU 5 Mei
Bahagian 1 dari 3 bahagian

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah,  kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. 

Menurut, Syed Hamid yang juga anak pejuang Umno Tan Sri Jaafar Albar,  biar orang lain sahaja yang  bertanding menentang tokoh  DAP, Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

“Umno sudah malu kerana Abdul Ghani kalah kepada Kit Siang,” kata tokoh berpengalaman Umno itu yang kini menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ghani kalah kepada Kit Siang dengan majoriti lebih 10, 000 undi – satu keputusan yang dianggap luar dugaan. 

Pakatan Rakyat menang lima kerusi parlimen serta 18 kerusi negeri di Johor – terburuk bagi Barisan Nasional di negeri itu sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata beliau tidak pernah membayangkan pembangkang mempunyai 18 kerusi dewan undangan negeri di Johor. 

Menurut Ketua Umno bahagian Kota Tinggi itu, BN Johor kalah kerana kerusi diberi kepada parti yang sudah ditolak pengundi. 

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menamakan parti berkenaan namun sebuah parti komponen BN  kalah teruk di Johor.

‘Orang Melayu Johor sokong Umno’

“Di Johor, Umno mendapat sokongan dari orang Melayu, Umno kukuh dan kuat, manakala orang Cina Johor tidak ada sikap perkauman.

“Ini isyarat untuk kita tengok balik apa yang berlaku dalam kempen pilihan raya ke 13,” tambah beliau. 

Berikutan itu, Syed Hamid berkata, jawatan pengerusi Umno negeri yang disandang Ghani sepatutnya diserahkan segera kepada Menteri Besar Johor yang baru iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Bagaimanapun,  Ghani tidak boleh menyerahkan jawatannya sekarang kerana perlembagaan Umno hanya membenar pertukaran jawatan hanya boleh dibuat dalam perhimpunan agung parti. 

Umno akan mengadakan perhimpunan hujung tahun ini – dijangka November atau pun Disember. 

Syed Hamid menambah, Umno negeri Johor membawa banyak kemenangan tetapi MCA dan Gerakan tidak disokong oleh pengundi kaum Cina. 

Katanya,  Umno juga perlu merapatkan kerjasama  dengan parti-parti itu dan dengan semangat untuk menyakin orang Cina kepada Umno.

1 comment:

  1. Kenapa selepas Ghani kalah baru nak kondem. Bukankan senarai calun diluluskan oleh Najib. Maknanya samada UMNO memang confident boleh menang atau pun Najib memang nak matikan karier Ghani.

    Hamid Albar patut bagi tau Ghani selepas pengumuman calun dibuat supaya jangan bertanding di situ. Kenapa sekarang baru nak ungkit?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa