Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 27, 2013

Bagi Saya Cerita Ni Dah Jadi Lelucon!

Bukan saja Dr Haron Din, Nasrudin Hassan dan Dr Rani Osman sahaja yang alaminya
Saya dan Isteri juga alami
Setelah mengundi saya balik dan sebelum mengambil wudhu' solat zohor saya cuci. Saya dan isteri dapati Dakwat Kekal hilang sepenuhnya
Bezanya saya tidak buat Laporan Polis

Harakahdaily26 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Ketika satu temuramah dengan Sinar Harian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata episod dakwat kekal yang boleh dicuci ialah peristiwa paling menyedihkan bagi beliau.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menerangkan mengapa sedih pada ketika itu.

Hari ini, kita tahu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.

Dalam jawapan Shahidan juga menyatakan, ketahanan dakwat adalah bergantung kepada individu dan usaha-usaha yang diambil untuk menghilangkan dakwat kekal di jari mereka.

“Ujian yang dibuat ke atas pegawai SPR dan pekerja media pada 2 Mei 2013 telah membuktikan bahawa dakwat berkenaan kekal seperti ditetapkan,” kata Shahidan dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Shahidan enggan mendedah nama pembekal dakwat atas alasan keselamatan. Keseluruhannya penggunaan dakwat kekal telah menelan kos RM7.1 juta.

Masalah dakwat kekal sudah diketahui umum ketika pengundian awal pada 30 April yang lalu selepas para pengundi menunjukkan bahawa dakwat tersebut boleh dicuci mudah menggunakan air.

Perkara itu dibesarkan kerana ia melanggar janji SPR yang menjamin dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya 7 hari.

Selepas itu, SPR telah mengadakan satu pertunjukan umum pada 2 Mei untuk membuktikan bahawa dakwat tersebut kekal oleh setiausahanya Kamaruddin Mohamed Baria.

Namun, pada 5 Mei perkara yang sama berlaku.

Calon PAS Dr Haron Din, ahli parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan Adun Meru Dr Rani Osman antara pengundi awal yang membuat laporan polis bahawa dakwat kekal di jari mereka telah tanggal.

SPR kemudiannya mempertahankan diri menyatakan bahawa mereka terpaksa mengurangkan kandungan silver nitrate atas nasihat Kementerian Kesihatan demi menjaga kesihatan pengundi.

SPR kemudian menerima tamparan hebat apabila Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan mereka bahawa SPR pernah merujuk kepada mereka mengenai hal dakwat kekal.

Sekarang timbul persoalan, jika pewarna makanan yang digunakan, apakah tujuan SPR bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah SPR ingin mengetahui sama ada dakwat kekal boleh dijilat makan ke tidak?

8 comments:

  1. Sampai dah terbongkar sampai ketahap ini pun 2 ekor keparat SPR ni masih menebeng pertahankan jawatan. Muka betul2 mangkuk jamban berselepit najis yg tak tau malu dan tak ada maruah. Memang dasar jamban tempat tempat tinggal syaitan, hatipun dah berkeladak dgn najis masih berani tak segan tunjuk muka lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak tau malu kalau ada pihak yg menyokong SPR macam SPR tu parti politik walaupun dah terang lagi bersuluh SPR tipu & putar belit bab dakwat kekal. Cuba kalau semua bersepakat mengecam SPR, Insyaallah tak lama mereka ni letak jawatan.

      Delete
  2. makanan kurang menggunakan warna biru, nak habiskan stok le tu!

    ReplyDelete
  3. Salam yob mountdweller

    Memang dua mangkok ni sebenornya mangkok retak!

    ReplyDelete
  4. Yang mungkin terasa malunya adalah keluarga kedua mangkok jamban ni....manusia yg normal yg setiap hari menghadap Allah tk mungkin tdk ada rasa bersalah kpd Allah melainkan jika mereka tidak menyembahNYA.....SUDAH TERANG LAGI NYATA PEMBOHONGAN INI SAMPAIKN KANAK TABIKA PUN BOLEH FAHAM YG DAKWAT ITU MEMANG TANGGAL DLM SEKELIP MATA...

    ReplyDelete
  5. dalam perjalanan pulang kerumah,akak gunakan air ludah dan tissue paper,kesatkan berkali kali dakwat dikuku akak mulai menampakkan terhakis.dikhabarkan harga dakwat ini rm7.1 juta,dikatakan jugak dakwat tidak ada unsur kimia.hanya bahan pewarna makanan,kalau gitu tak mungkin sampai berjutaan belanjanya.kalau tak nipu bukan bn/umno namanya.dakwat tak kekal masih naK kekalkan jawatankah?.SPR=SAMSENG PENIPU RAKYAT.

    ReplyDelete
  6. bos x bg step down.dua ekor ni telinga kuali.

    ReplyDelete
  7. Seandainya dakwat itu kekal maka mereka berdua tidak akan kekal. Begitu lag sebaliknya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa