Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 27, 2013

Pakai Tapis Yang Bermata Halus Atau Bermata Besar Ni?

Kalau pakai Tapis jenis bermata kasar seperti yang dipakai untuk saringan Calon PRU13 baru-baru ni, tak payah saring pun tak apa
Buang masa dan cicirkan harapan rakyat saja!

SPRM: Pegawai khas menteri wajib disaring
27 Jun 2013
KUALA LUMPUR - Semua pegawai khas kepada menteri Kabinet akan dikehendaki menjalani proses saringan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tapisan keutuhan dan proses tapisan halus oleh polis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, langkah itu bagi memastikan urus tadbir yang baik dan meningkatkan ketelusan di kalangan pegawai-pegawai khas berkenaan.

Perkara tersebut dipersetujui pada mesyuarat Pasukan Petugas Penyampaian NKRA Membanteras Rasuah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

"Peranan seorang Pegawai Khas adalah penting kerana dalam sesetengah kes, mereka bertindak sebagai 'pengawal' kepada menteri dan mempunyai keistimewaan kepada maklumat-maklumat yang amat sulit," kata Low dalam kenyataan.

Selain proses saringan, pegawai khas perlu mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri setiap tahun sama seperti menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, katanya.

Low berkata dengan mengasaskan langkah-langkah itu, peluang untuk salah laku dapat dikurangkan.


Beliau berkata, mesyuarat itu juga meluluskan pelantikan Lembaga Penasihat Antarabangsa kepada SPRM yang ditugaskan untuk memberi nasihat dan kajian inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khusus di bawah transformasi SPRM dalam sektor pencegahan.

Tambah Low, ahli lembaga itu termasuk individu berprofil tinggi daripada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) New South Wales dan Hong Kong.

"Tujian lembaga itu adalah penanda aras prestasi SPRM setanding dengan amalan terbaik antarabangsa serta meningkatkan persepsi antarabangsa terhadap SPRM," katanya.  - SH

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa