Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 29, 2013

Hakikatnya Polis Kena Berubah Dulu

Menteri: Ubah persepsi buruk terhadap polis
29 Jun 2013

TAWAU - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta pasukan polis supaya menggunakan pendekatan lebih canggih dalam usahanya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan itu.
Katanya menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata belum memadai sebaliknya perlu menggunakan semua pendekatan termasuk melalui publisiti media alternatif dan media arus perdana untuk memaklumkan masyarakat mengenai peranan serta kejayaan pasukan itu.
"Dedahkan peranan, beritahu tugas polis, bermula sebaik sahaja keluar dari pusat latihan dan kita perlu beritahu bahawa hanya orang yang betul-betul terpilih menganggotai pasukan ini," katanya ketika berucap pada majlis makan malam meraikan beliau di sini malam tadi.
Dr Wan Junaidi berkata walaupun seribu perkara kebaikan dilakukan dan kejayaan yang dicapai anggota keselamatan namun jika terdapat satu perkara buruk berlaku ia akan memadam semua kebaikan dan kejayaan itu.
"Kejadian jenayah seperti ragut dan samun yang berlaku lebih dihebohkan walaupun kadar jenayah menurun di kebanyakan tempat, sedangkan kematian polis berkorban untuk negara tidak diendahkan," katanya.
Masyarakat, katanya, perlu diberitahu secepat mungkin mengenai apa-apa kejadian yang berlaku kerana cara itu bukan sahaja membantu masyarakat mendapat maklumat tepat bahkan juga menolak persepsi negatif kepada pasukan polis.
Beliau turut memuji kebolehan pasukan polis ketika menjalankan operasi Op Daulat yang menggunakan pendekatan media untuk memaklumkan setiap perkembangan kepada masyarakat. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa