JUNE 22, 2013
Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan secara serta merta kerana persempadanan semula akan dijalankan hujung tahun ini.
Menurut Ambiga, dalam masa dua-tiga bulan ini jika kepimpinan SPR masih sama, tidak akan berlaku pembersihan dalam daftar pemilih.
“Ia tidak boleh diteruskan tanpa pembersihan daftar pemilih,” kata pengerusi bersama Bersih 2.0 itu merujuk kepada proses persempadanan semula.
“Mereka bertanggungjawab terhadap daftar pemilih yang tidak bersih, mereka bertanggungjawab dalam dakwat kekal dan mereka bertanggungjawab dalam PRU yang paling kotor dalam sejarah,” tambahnya.
Bersih 2.0 telah menganjurkan tiga perhimpunan untuk menuntut reformasi pilihan raya semenjak 2007.
Ketiga-tiga perhimpunan Bersih sebelum ini kesemuanya berakhir dengan keganasan polis.
Bersih juga sebelum ini juga mengumumkan akan mengadakan Tribunal Rakyat untuk menyiasat dakwaan kecurangan dan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu. - 22 Jun, 2013.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa