Perang psiko Kiram
21 Jun 2013
KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengakui pengganas Kiram kini terpaksa melancarkan perang saraf bertujuan untuk memberikan semangat kepada ahli-ahlinya untuk kembali kepada objektif asal mereka mahu merampas Kepulauan Borneo.
Beliau berkata, tindakan menyebarkan berita kononnya berlaku pertempuran antara pihak pengganas dan pasukan keselamatan di Kampung Dengan, Tungku sebagai salah bukti bahawa mereka sudah kehilangan sokongan daripada ahli-ahlinya.
“Ini taktik yang sudah kita jangka, kumpulan pengganas itu kini semakin hilang sokongan dari ahli-ahli mereka, jadi langkah terdesak ini terpaksa diambil untuk mengembalikan sokongan dan semangat kepada pemimpin utama mereka termasuk Agbimuddin Kiram dan Jamalul Kiram.
“Walau bagaimanapun, polis dengan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan dan rondaan di kawasan pantai timur Sabah termasuk di Zon Tanjung Labian dan Lahad Datu serta kawasan lain yang dikenal pasti sebagai lokasi ‘panas’ sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, pihaknya juga berharap agar orang ramai di kawasan berkenaan tidak lekas percaya dan panik apabila menerima khabar angin itu, sebaliknya sentiasa berhubung dengan balai polis terdekat untuk mendapatkan maklumat sahih.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kampung Tanagian yang diculik dan dilarikan oleh sekumpulan lelaki bertopeng ke kawasan kebun kelapa sawit Isnin lalu, beliau berkata, dakwaan yang dibuat itu masih disiasat dan diragui kebenaran.
“Dia ada masalah lain, bukan sebab pengganas culik. Kalau laporan yang dibuat palsu, tindakan akan diambil terhadapnya,” katanya.
Pengganas Kiram melalui jurucakapnya, Abraham Idrajani yang disebarkan oleh media Flipina, kelmarin mengakui mereka memasuki Kampung Dengan, Tungku sebelum bertembung dengan pasukan Keselamatan Malaysia dan berlaku pertempuran di kawasan terbabit
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa