Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 26, 2013

Takkan Terima Kepala Ayam Pun Dah Ketaq Lutut?

Aikk....janganlah degil dan tunjuk sikap gedebe separuh jalan?
Terima kepala ayam pun dah riuh....

Pengerusi SPR terima kepala ayam
Putrajaya: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima satu bungkusan mengandungi nota ugutan dan kepala ayam yang sudah berbau di pejabatnya, di Ibu Pejabat SPR di sini, kelmarin.

Nota ugutan bertulis ‘letak jawatan atau...505’ dan kepala ayam yang dibungkus didalam plastik lut sinar itu diletakkan di dalam sebuah bungkusan berbentuk empat segi yang diterima seorang kakitangan SPR, jam 2.30 petang.

Bungkusan dialamatkan kepada Aziz Yusof beralamat di Tingkat 4 bangunan SPR dihantar menerusi Pos Laju oleh pengirim beralamat di Kelana Jaya, Selangor.

Sumber berkata, kakitangan SPR menerima bungkusan itu daripada pembantu tadbir di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SPR, sebelum memaklumkan kepada Abdul Aziz mengenai isi kandungan bungkusan itu.

Menurutnya, Abdul Aziz kemudian meminta kakitangan berkenaan membuat laporan polis, dan laporan dibuat di Balai Polis Presint 7, di sini pada hari sama. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa