Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 25, 2013

Cerita Anak Raja Kelantan

Isnin Jun 24, 2013
Penahanan Salah: Mahkamah Tolak Rayuan Tengku Fakhry
PUTRAJAYA: Adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra gagal dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM150 juta beliau terhadap polis dan tiga lagi kerana didakwa menahannya secara salah.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menolak rayuan itu dengan kos RM10,000.
Mohd Hishamudin, yang bersidang bersama Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, memutuskan mahkamah itu tidak akan mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.
Panel itu membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam AS Dhaliwal yang mewakili Tengku Muhammad dan Peguam Kanan Persekutuan Md Azizan Arshad bagi pihak defendan.
Pada 7 November lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Tengku Muhammad Fakhry selepas mendengar keterangan lima saksi plaintif dan lima saksi defendan.
Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman itu pada 9 Dis 2011 dan menamakan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Ismail Omar, ketua pengawal peribadi Sultan Kelantan ASP Noorazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.
Penyataan tuntutan mendakwa beliau dihalang anggota polis pada 30 Ogos 2009 dari meninggalkan kawasan istana di Kubang Kerian kerana memandu kereta Bentley milik ayahandanya.
Beliau mendakwa ayahandanya iaitu bekas Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, yang mahu kereta itu dihantar ke Singapura di mana baginda dirawat.
Dhaliwal ketika ditemui media berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan atau tidak terhadap keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa