Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 17, 2013

Bapa Yang Lebih Suka Anak-Anaknya Nakal!

Bapa begini tentunya tak suka bila pihak lain cuba disiplinkan anak-anaknya dengan peraturan yang ketat.....

IPCMC: Apa yang Polis gerunkan sangat?
Oleh  YB Hee Loy Sian
Pihak penguasa polis tidak perlu menggeruni Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan ia sebenarnya sebuah undang-undang yang melindungi kepentingan pihak polis secara keseluruhan.
Di dalam laporan media Bernama bertarikh 15 Jun 2013, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin tetap enggan bersetuju dengan IPCMC dan berpendapat undang-undang sedia ada yang sudah pun diluluskan oleh Parlimen sudah cukup kuat untuk menangani aduan berkaitan salah laku anggota penguatkuasaan di negara ini.
Mohd Bakri juga bertegas bahawa ianya (memikirkan mengenai undang-undang sedia ada) adalah lebih baik daripada memikirkan mengenai IPCMC.
Sebenarnya, pada 25 Mac 2008, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa draf rang undang-undang IPCMC siap untuk dikemukakan kepada Kabinet sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, perkara itu ditangguh apabila Dewan Rakyat dibubar pada tahun berkenaan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menurut pengumuman bekas Perdana Menteri itu. IPCMC sebenarnya sudah bersedia untuk dibentangkan untuk diluluskan di Parlimen.
IPCMC adalah bahagian terakhir dalam cadangan pembaharuan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, yang mencadangkan agar badan itu menggunakan model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) United Kingdom dan badan pemantau polis yang terdapat di New South Wales dan Queensland, Australia, serta Hong Kong.
Kita jelas mengetahui bahawa IPCMC adalah satu-satunya cara untuk pelaku-pelaku yang terlibat bertanggungjawab, beralih daripada tekanan dan sokongan juga memastikan kesan timbangtara melalui mekanisme yang bebas.
IPCMC juga mampu untuk meletakkan institusi polis di negara ini kepada satu tahap yang lebih baik daripada apa yang mereka kecapi sekarang; dari segi imej mahupun kebajikan anggota polis.
Sungguhpun demikian, pada tahun 2007, kerajaan memperkenalkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengaduan Khas (SSC) yang meliputi aduan-aduan yang berkaitan dengan kesemua agensi penguatkuasaan. Namun, Rang Undang-undang Agensi Integriti Penguatkuasaan (EAIC), sebuah rang undang-undang yang digubal bagi menggantikan SCC telah diluluskan di parlimen pada Mac 2009. Namun, ianya menjadikan kerisauan bahawa akta sedemikian akan menjadi akta yang tidak berguna dan gagal dalam menangani isu-isu asas seperti kematian dan siksa semasa dalam tahanan dan kurangnya kuasa bagi proses penyiasatan yang bebas.
Pada 21 Mei 2013, mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan keupayaan EAIC di dalam menangani aduan-aduan awam yang berkaitan dengan salahlaku pegawai-pegawai penguatkuasaan. Menurut beliau, daripada sejumlah 347 aduan yang diterma, hanya tiga (3) kes sahaja yang telah disiasat sepenuhnya dan satu daripadanya dipindahkan ke jawatankuasa disiplin dalam Polis diRaja Malaysia. Beliau telah menyatakan bahawa jumlah perbelanjaan sebanyak RM14 juta bagi tempoh dua tahun adalah kos yang amat tinggi.
Jelas daripada pengalaman pengoperasian EAIC sekarang, cadangan bagi menubuhkan sebuah pasukan dalam lingkungan polis itu sendiri dan pula diketuai oleh KPN akan menjadi satu lagi usaha gagal dan perubahan kosmetik. Cadangan untuk memusatkan tempat tahanan juga tidak selaras dengan tuntutan masyarakat sivil bahawa rakyat mahukan pengubahsuaian secara total badan polis ini dan sebuah reformasi secara holistik untuk banyak institusi kerajaan bagi menghentikan keganasan atas pembiayaan kerajaan.
Satu cara untuk menghentikan penyeksaan dan kematian dalam tahanan ialah bagi menjadikan kesemua pegawai penguatkuasa menimbang balik dalam apa jua perlakuan kerana tindakan akan diambil kepada sesiapa yang bertanggungjawab. Kerajaan juga sepatutnya meratifikasikan Konvensyen PBB Terhadap Penyiksaan bagi memberikan komitmen politik bahawa Negara kita ini tidak akan bertolak-ansur kepada penyiksaan sebegini terutamanya di dalam agensi-agensi kerajaan. Oleh yang demikian, kita sepatutnya bergerak ke hadapan dan menetapkannya bagi memastikan kebertanggungjawaban, ketelusan, urustadbir baik dan hormat kepada hak asasi manusia.
* Penulis adalah Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat bagi kawasan Petaling Jaya Selatan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa